Saturday, November 22, 2014

Jus Kurma Ajwa

Kami dari Beyond Mama telah lama mencari produk berasaskan kurma untuk dijadikan pelengkap produk-produk jualan kami. Kami sedar akan kehebatan kurma untuk tujuan kesihatan, kesuburan, kehamilan, kelahiran bayi, berpantang dan penyusuan bayi. Dalam Al-Quran juga terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurmaDan kami telah memilih untuk memasarkan Jus Ener Al Kurma.


Keistimewaan utama Jus Ener Al Kurma ialah ia dibuat daripada ekstrak kurma Ajwa. Kebanyak jus kurma lain di pasaran hanya menggunakan kurma jenis biasa dan murah. Kurma Ajwa turut dikenali sebagai kurma Nabi. Kurma Ajwa merupakan jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Terdapat lebih 1000 jenis kurma di dunia, namun kurma Ajwa merupakan jenis kurma yang paling tinggi nutrisinya dan mempunyai nilai perubatan yang paling tinggi. Harga kurma Ajwa juga lebih mahal berbanding kurma yang lain, di mana ia boleh mencecah sehingga RM150 untuk 1 kilogram.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Kelebihan lain ialah, jus kurma Ajwa ini menggunakan kurma segar yang diimport dari Arab Saudi dan diproses melalui kaedah penapaian dan ionisasi yang berteknologi tinggi. Kaedah pemprosesan ini adalah untuk memastikan semua khasiatnya terpeliharan. Kebanyakan jus kurma lain di pasaran hanya menggunakan kurma kering dan diproses melalui kaedah pemanasan seperti merebus dan merendam di dalam air gula yang mendidih, di mana khasiatnya akan hilang.

Khasiat Jus Kurma Ajwa:
  • Menyuburkan rahim, sesuai untuk pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata. Boleh dicampurkan ke dalam susu kambing untuk kesan yang lebih baik dan rasa yang lebih lazat.
  • Membekalkan khasiat yang tinggi semasa kehamilan. Ia kaya dengan vitamin B6, asid folik, kalium, besi dan magnesium.
  • Menyokong bayi dalam kandungan. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
  • Membekalkan tenaga dan memudahkan proses bersalin. Ketika Maryam sedang sakit ingin melahirkan Nabi Isa, malaikat Jibrail menyerunya untuk menggoncangkan pokor kurma tempat beliau bersandar dan memakan kurma yang gugur itu. 
  • Membantu mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  • Membekalkan tenaga dan zat yang diperlukan tubuh semasa berpantang selepas melahirkan bayi. ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”
  • Mencegah masalah sembelit terutamanya selepas melahirkan anak dan mengawal berat badan
  • Meningkatkan penghasilan dan kualiti susu ibu.
  • Untuk mentahnik bayi yang baru lahir.
  • Untuk dicampurkan ke dalam makanan bayi selepas 6 bulan. Tidak perlu lagi mengukus kurma untuk melembutkannya kerana ia akan mengurangkan khasiat kurma.
  • Mengubati gangguan usus yang kronik, seperti ketidakserasian dengan gluten yang menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
  • Memelihara kesihatan setiap golongan dari kanak-kanak hingga ke warga emas. 



Harga Jualan:
  • 1 botol: RM18
  • 3 botol: RM50
  • 6 botol: RM90
  • 12 botol: RM170






Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.