Saturday, June 14, 2014

Phytocol-ST




Alhamdulillah, Shaklee Malaysia telah melancarkan produk terbarunya baru-baru ini iaitu Phytocol-ST. Supplement ini difokuskan untuk masalah kolestrol. Jika sebelum ini Lecithin dan OmegaGuard menjadi pilihan untuk mengurangkan kolestrol, kini terdapat pilihan yang lebih eksklusif dan specifik untuk masalah kolestrol.

Sedikit fakta mengenai kolestrol, di Malaysia sahaja, lebih 6 juta rakyat mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Masalah kolestrol disebabkan oleh beberapa faktor, namun faktor yang paling utama adalah disebabkan amalan pemakanan seseorang. Rakyat Malaysia mungkin tidak atau kurang sedar bahawa makanan popular di Malaysia kebanyakannya adalah berkolestrol tinggi. Sila rujuk contoh makanan di bawah:




Tahukah anda berapakah jumlah kolestrol yang ideal diperlukan oleh tubuh kita? Cuma 300 mg sehari untuk individu normal yang sihat! Kolestrol sepinggan mee goreng yang diambil sewaktu sarapan pagi sudah mencecah 376 mg dan telah melebihi limit yang diperlukan badan. Cuba anda tambah pula dengan kolestrol untuk makan tengahari dan makan malam. Tidak hairanlah lebih 6 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kolestrol.

Kandungan kolestrol yang tinggi akan membuatkan saluran darah kita tersumbat. Apabila ini terjadi, kita akan terdedah kepada risiko penyakit-penyakit merbahaya dan boleh mengundang maut seperti sakit jantung, angin ahmar penyakit hati dan tekanan darah tinggi. Kolestrol yang tinggi juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan.

Jadi, bagaimana Phytocol-ST dapat membantu? Pertama, ia MENGHALANG penyerapan kolestrol ke dalam darah sebanyak 80%! Kedua, MENURUNKAN paras kolestrol LDL (kolestrol jahat).


Phytocol-ST mendungi 2000 mg kandungan Fitosterol - sebatian dari tumbuh-tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal dapat menurunkan paras kolestrol. Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2000 mg fitosterol ke dalam diet harian bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi. Bagaimana cara untuk memperolehi 2000 mg fitosterol sehari?



Anda memerlukan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato untuk tujuan tersebut. Dengan Phytocol-ST, anda boleh mendapatkan keperluan 100% keperluan fitosterol seperti yang disarankan oleh NIH.

Fitosterol mempunyai komponen/struktur yang sama dengan kolestrol, jadi kedua-duanya akan bersaing di dalam tubuh kita. Jika kadar fitosterol melebihi kolestrol, ia akan mengalahkan kolestrol maka paras kolestrol kita akan berkurang.

Phytocol-ST dijamin halal dan berkesan. Ia juga tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau pengawet tambahan. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.  

No comments:

Post a Comment