Sunday, March 16, 2014

Set Asas Pengurusan Uri

   





Uri atau tembuni atau plasenta merupakan organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat dan berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) telah menetapkan bahawa hukum menanam uri bayi adalah harus.

Walaubagaimanapun, agama Islam tidak menetapkan kaedah-kaedah tertentu dalam pengurusan uri. Uri hanya perlu dicuci dengan bersih dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri tidak perlu diuruskan seperti jenazah.

Bahan-bahan yang disediakan dalam Set Pengurusan Uri beyond Mama adalah hasil gabungan pengurusan uri secara Islamik dan mengikut budaya Melayu yang tidak dikategorikan sebagai khurafat. Beyond Mama juga mengutamakan faktor alam sekitar dalam proses pengurusan uri. Seelok-eloknya bahan yang digunakan untuk menanam uri adalah dari bahan yang mudah terbiodegrasi atau mudah reput dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Kandungan: 
1. Garam Kasar: bahan pencuci uri untuk menghilangkan kotoran dan mengelakkan uri dihampiri haiwan liar seperti ular.
2. Asam Jawa: menghilangkan bau hanyir darah pada uri.
3. Asam Keping: mengelakkan bau uri yang ditanam dihidu haiwan selepas ditanam.
4. Uncang Cerut: memudah dan mempercepat proses membalut uri selepas dibersihkan.
5. Sarung Tangan Getah: untuk kebersihan tangan ketika proses pengurusan uri.
6. Kotak: untuk meletakkan uri sebelum ditanam (sekiranya perlu).
7. Panduan: panduan pengurusan uri mengikut Islam.


Harga cuma RM25. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan. Kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar bagi produk ini.

No comments:

Post a Comment