Saturday, September 7, 2013

Madu Herba - Kembali Kepada Sunnah



Shaklee merupakan supplement pilihan kami sebagai ikhtiar rawatan untuk meningkat dan memelihara kesihatan secara moden. Selain itu, kita juga digalakkan mengamalkan produk yang berasaskan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Antara dua produk kesihatan hebat yang disebut dalam al-Quran adalah madu dan habbatus sauda.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar bagi manusia.: - An-Nahl, ayat 69.

Rasulullah SAW bersabda, "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda, kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit, kecuali mati." - H.R Al-Bukhaari.

Menurut kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Sayyidina Ali pernah berkata "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Pada mulanya kami memperkenalkan madu Menjaro ini buat pelanggan yang membeli serbuk debunga kurma dari kami, kerana kami telah menerima banyak pertanyaan, madu apa yang sesuai digunakan bersama debunga kurma. Alhamdulillah, banyak maklum balas positif yang telah kami terima. Rangkaian madu Menjaro ini terbukti mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Kekuatan utama madu ini ialah ia menggunakan madu asli dari Iran dan ditambah dengan beberapa jenis herba sunnah. Terdapat banyak jenis madu keluaran Menjaro ini, anda boleh memilih mengikut keperluan kesihatan anda:
  1. Masli: 100% Madu Asli
  2. Masad: Madu Asli + Habbatussauda
  3. Pati Madu Sawda: Madu Asli + Habbatussauda (komposisi yang lebih pekat)
  4. Masad Gold: Madu Asli + Habbatussauda + Za'faran
  5. Maher: Madu Asli + Habbatussauda + Za'faran + Halba + Anisun + Filfil Aswad + Kamkoma + Kasbarah + Kammum


Madu Tanah Arab yang asli mempunyai kesan yang lebih hebat dalam penyembuhan jasmani dan mental. Madu yang paling laris setakat ini adalah Masad Gold yang mengandungi tambahan Habbatussauda dan Za'faran, atau lebih terkenal dengan nama Saffron. 

Saffron merupakan salah satu herba termahal di dunia kerana sukar diperolehi dan mengandungi khasiat kesihatan yang tinggi seperti kecergasan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak, masalah kesuburan, awet muda dan banyak lagi. Habbatussauda pula tidak perlu diperkatakan lagi khasiatnya. Anda boleh membaca khasiat Habbatussauda pada entry Kapsul & Minyak Habbatus Sauda Dr Azma ini (sila klik pada link).

Madu Menjaro ini boleh diamalkan untuk mencegah, membaiki, merawat dan menyembuh penyakit ringan, sederhana, kronik seperti berikut:


Antara contoh penyakit ringan:
  • Sakit Urat, Sendi dan Tulang
  • Keletihan dan Kelesuan
  • Jerawat
  • Resdung
  • Migrain
Antara contoh penyakit sederhana:
  • Kencing Manis
  • Gastrik
  • Buasir
  • Batu Karang dan Buah Pinggang
  • Gangguan Penghadaman
  • Tekanan DarahTinggi
  • Angin Dalam Badan
  • Penyakit Puan (haid tidak teratur)
  • Keputihan
  • Senggugut
  • Memulihkan Tenaga Secara Menyeluruh
  • Tekanan Mental
  • Insomnia
  • Athma
  • Cholestrol
  • Ghout
  • Rheumatic
  • Meningkatkan Prestasi Mental
  • Batuk Yang Lama
Antara contoh penyakit kronik:
  • Kemandulan
  • Jantung
  • Lumpuh
  • Kanser
  • Mati Pucuk     
  • Buah Pinggang

Alhamdulillah, tanpa dijangka, setakat ini kami telah mendapat beberapa testimonial positif seperti anak yang sembuh dari batuk berkahak dan asma, berjaya mengandung, masalah sakit saraf dan lumpuh separuh badan yang hampir pulih, etc. Insyaallah, kami akan kongsikan testimonial-testimonial pelanggan yang telah berpuas hati dengan madu ini. Jangan tunggu lagi. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.


 

No comments:

Post a Comment