Saturday, September 7, 2013

Madu Herba - Kembali Kepada Sunnah



Shaklee merupakan supplement pilihan kami sebagai ikhtiar rawatan untuk meningkat dan memelihara kesihatan secara moden. Selain itu, kita juga digalakkan mengamalkan produk yang berasaskan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Antara dua produk kesihatan hebat yang disebut dalam al-Quran adalah madu dan habbatus sauda.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar bagi manusia.: - An-Nahl, ayat 69.

Rasulullah SAW bersabda, "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda, kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit, kecuali mati." - H.R Al-Bukhaari.

Menurut kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Sayyidina Ali pernah berkata "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Pada mulanya kami memperkenalkan madu Menjaro ini buat pelanggan yang membeli serbuk debunga kurma dari kami, kerana kami telah menerima banyak pertanyaan, madu apa yang sesuai digunakan bersama debunga kurma. Alhamdulillah, banyak maklum balas positif yang telah kami terima. Rangkaian madu Menjaro ini terbukti mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Kekuatan utama madu ini ialah ia menggunakan madu asli dari Iran dan ditambah dengan beberapa jenis herba sunnah. Terdapat banyak jenis madu keluaran Menjaro ini, anda boleh memilih mengikut keperluan kesihatan anda:
  1. Masli: 100% Madu Asli
  2. Masad: Madu Asli + Habbatussauda
  3. Pati Madu Sawda: Madu Asli + Habbatussauda (komposisi yang lebih pekat)
  4. Masad Gold: Madu Asli + Habbatussauda + Za'faran
  5. Maher: Madu Asli + Habbatussauda + Za'faran + Halba + Anisun + Filfil Aswad + Kamkoma + Kasbarah + Kammum


Madu Tanah Arab yang asli mempunyai kesan yang lebih hebat dalam penyembuhan jasmani dan mental. Madu yang paling laris setakat ini adalah Masad Gold yang mengandungi tambahan Habbatussauda dan Za'faran, atau lebih terkenal dengan nama Saffron. 

Saffron merupakan salah satu herba termahal di dunia kerana sukar diperolehi dan mengandungi khasiat kesihatan yang tinggi seperti kecergasan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak, masalah kesuburan, awet muda dan banyak lagi. Habbatussauda pula tidak perlu diperkatakan lagi khasiatnya. Anda boleh membaca khasiat Habbatussauda pada entry Kapsul & Minyak Habbatus Sauda Dr Azma ini (sila klik pada link).

Madu Menjaro ini boleh diamalkan untuk mencegah, membaiki, merawat dan menyembuh penyakit ringan, sederhana, kronik seperti berikut:


Antara contoh penyakit ringan:
  • Sakit Urat, Sendi dan Tulang
  • Keletihan dan Kelesuan
  • Jerawat
  • Resdung
  • Migrain
Antara contoh penyakit sederhana:
  • Kencing Manis
  • Gastrik
  • Buasir
  • Batu Karang dan Buah Pinggang
  • Gangguan Penghadaman
  • Tekanan DarahTinggi
  • Angin Dalam Badan
  • Penyakit Puan (haid tidak teratur)
  • Keputihan
  • Senggugut
  • Memulihkan Tenaga Secara Menyeluruh
  • Tekanan Mental
  • Insomnia
  • Athma
  • Cholestrol
  • Ghout
  • Rheumatic
  • Meningkatkan Prestasi Mental
  • Batuk Yang Lama
Antara contoh penyakit kronik:
  • Kemandulan
  • Jantung
  • Lumpuh
  • Kanser
  • Mati Pucuk     
  • Buah Pinggang

Alhamdulillah, tanpa dijangka, setakat ini kami telah mendapat beberapa testimonial positif seperti anak yang sembuh dari batuk berkahak dan asma, berjaya mengandung, masalah sakit saraf dan lumpuh separuh badan yang hampir pulih, etc. Insyaallah, kami akan kongsikan testimonial-testimonial pelanggan yang telah berpuas hati dengan madu ini. Jangan tunggu lagi. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.


 

Sunday, August 18, 2013

Minyak Morhabshi



Minyak Morhabshi merupakan minyak serbaguna yang dihasilkan dari 33 jenis herba, 7 jenis minyak dan dilengkapi dengan terapi Al-Quran. Kegunaannya meliputi fizikal dan mistik (seperti kes kerasukan dan gangguan makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan, sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya). Malah ia dapat membantu meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara urutan pada alat kelamin).

Minyak Morhabshi diasaskan oleh Ustaz Dr. (H) Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, Pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. 

Antara khasiat utama Minyak Morhabshi:
  • Sebagai minyak urut untuk bayi, dewasa atau wanita lepas bersalin
  • Melegakan lenguh badan, sakit urat dan sakit otot
  • Menghalang gangguan makhluk halus
  • Buat bayi yang kuat menangis malam
  • Masalah kulit seperti gatal, kayap, kurap atau alergik
  • Mengatasi masalah kembung perut
  • Merawat masalah ulser mulut
  • Urutan untuk rawatan tenaga batin
  • Sapuan pada luka
  • Mengurangkan masalah sakit gigi
  • Mengurangkan masalah asma, batuk, dan sakit dada
  • Mencantikkan kulit wajah

Morhabshi merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Kebanyakan bangsa di dunia percaya bhw myrrh (morhabshi) adalah bahan yang dijadikan Tuhan bagi menghalang makhluk halus. Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.  

Insyaallah kami akan kongsikan testimoni-testimoni hebat dari pengguna yang telah berpuas hati dengan kehebatan minyak ini. Minyak Morhabshi didatangkan dalam 3 saiz. Harga ialah RM20 (30ml), RM30 (60ml) dan RM50 (120ml). Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.


Saturday, July 13, 2013

Kapsul & Minyak Habbatus Sauda DrAzma




Satu lagi produk keluaran Dr Azma, pengasas krim selsema DrSneez. Rasanya semua orang sudah tahu akan kehebatan Habbatus Sauda ini. Khasiatnya telah terbukti secara saintifik melalui kajian dari pakar perubatan dan ahli saintis dari seluruh pelosok dunia termasuk Eropah, USA dan Germany.

Dalam Islam juga, banyak hadith yang dikaitkan dengan khasiat herba habbatus sauda ini. Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati”. Tetaplah itu membawa maksud pengambilan dan penggunaan habbatus sauda haruslah berterusan dan menjadi amalan hidup harian selama yang termampu.


Antara khasiatnya habbatus sauda:
  • Membanyakkan susu ibu
  • Meningkatkan kualiti susu ibu dan meningkatkan imunisasi bayi 
  • Mengecutkan rahim selepas bersalin
  • Menyokong kesan ubat atau supplement lain agar lebih efektif
  • Mempercepatkan penyembuhan termasuk pembedahan dan luka bersalin
  • Melegakan selsema, asma dan kesukaran bernafas
  • Melegakan batuk dan mengurangkan kahak
  • Merawat diabetes/kencing manis
  • Melegakan alergik
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mencegah dan merawat gout, rheumatism,
  • Sebagai anti kanser/tumor
  • Membunuh beberapa jenis kuman seperti E Coli, Strep.Fecalis dan Bacillus subtilis
  • Melegakan cirit-birit
  • Meningkatkan imunisasi tubuh
  • Mengurangkan kolestrol
  • Menlegakan senggugut
  • etc.

Banyak lagi khasiat Habbatus Sauda yang tak mampu kami senaraikan di sini. Jadikanlah pengambilan habbatus sauda sebagai amalan harian, sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah S.A.W. Dapatkan DrAzma Habbatus Sauda dari Beyond Mama dengan harga RM25 sebotol. Setiap botol mengandungi 60 biji kapsul.


DrAzma Habbatus Sauda juga boleh didapati dalam bentuk minyak dengan harga RM20 sebotol. 1 botol mengandungi 30ml. Ia didatangkan dalam botol yang mempunyai penyedut untuk memudahkan pengendaliannya. Ia boleh dititikkan dengan mudah. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.



Sunday, June 30, 2013

Serbuk Debunga Kurma untuk Kesuburan



Pengambilan serbuk debunga kurma, yang juga dipanggil sebagai Palm Pollen Powder atau Dates Pollen Powder, merupakan amalan terkenal masyarakat Arab dalam usaha untuk meningkatkan kesuburan dan mendapatkan cahaya mata.

Serbuk halus ini amat digalakkan diambil bersama madu untuk meningkatkan kesannya disamping memudahkan proses pengambilan dan menambah rasa. Serbuk debunga kurma boleh diamalkan oleh suami-isteri. Antara manfaat serbuk debunga kurma ialah:

  • Merawat masalah ketidaksuburan suami dan/atau isteri
  • Merangsang dan meningkatkan tenaga seksual
  • Membantu masalah kemandulan
  • Memekat dan menambah kuantiti sperma
  • Meningkatkan hormon kelelakian dan meningkatkan kualiti sperma
  • Menyuburkan rahim wanita

Serbuk debunga kurma ini didatangkan terus dari Arab. Ia boleh diambil bersama Buah Zuriat untuk kesan yang optimum. Di samping itu, teruskan berdoa supaya diizinkanNya untuk mendapatkan zuriat. Dapatkan serbuk debunga kurma ini dari Beyond Mama hanya pada harga RM25 sebotol. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan. 

Sunday, May 5, 2013

Krim Selsema Dr Sneez




Luluh perasaan seorang ibu apabila melihat anaknya terkena selsema, lebih-lebih lagi kalau anak itu masih lagi bayi. Selsema akan membuatkan bayi anda tidak selesa, hidung tersumbat, sukar bernafas, sukar untuk minum atau makan, sukar untuk tidur, dan sebagainya.



Krim selsema DrSneeze merupakan penyelamat untuk semua masalah di atas. Ia sesuai digunakan dari golongan bayi sehingga dewasa. Selain selsema, DrSneez juga sesuai untuk melegakan masalah resdung, hidung tersumbat, bersin yang kerap di awal pagi, kegatalan pada bahagian hidung dan mata.

Keunikan DrSneez, ia dicipta oleh seorang doktor tempatan melalui teknologi thrudermal dan menggunakan ramuan tradisional yang semulajadi iaitu Habbatus sauda, kunyit, kopi arabica, dan jintan hitam. Formula tersebut bersifat anti-oksida dan anti keradangan untuk melegakan masalah pernafasan.



Ramuan utama Dr Sneez


DrSneeze memang wajar dimiliki oleh setiap ibu kerana ia merupakan alternatif terbaik untuk pengambilan ubat selsema. Memberi ubat pada bayi yang masih kecil adalah tidak digalakkan. Ia juga merupakan pilihan terbaik buat anak yang sukar untuk makan ubat. Cara penggunaan adalah sangat mudah. Cuma perlu menyapunya pada batang hidung seperti gambar rajah di bawah:



Harganya cuma RM29.90 untuk satu tiub. Dianggarkan mampu bertahan sehingga 5 bulan jika disapu 2 kali setiap hari. Jangan tunggu lagi. Dapatkan Dr Sneeze sekarang untuk kegunaan seisi keluarga. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.


Saturday, February 16, 2013

Vivix - Tonik Anti Penuaan Terhebat



Vivix merupakan supplement anti-penuaan terhebat keluaran Shaklee. Kenapa ianya hebat? Kerana ia menentang penuaan sehingga ke peringkat DNA. Jadi, keseluruhan sel tubuh anda akan diperbaharui semula, bukan setakat pada kulit wajah sahaja. Ini akan menjadikan anda lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan harian. 

Penuaan sel berlaku dalam 4 cara. 1st melalui kerosakan DNA. Tubuh kita mengalami kerosakan DNA hampir setiap hari dan ia akan menyebabkan proses penuaan terjadi dengan cepat. Vivix membantu memperlahankan proses tersebut dengan membaiki DNA yang rosak. 

2nd, melalui pengawalan genetik yang boleh menyumbang kepada kemerosoran umur pada tahap selular. Ramuan Vivix mengkatifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular. 

3rd, melalui kemerosotan metabolisma sel. Mitochondria di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel. 

4th, melalui penimbunan protein AGE (advanced glycation end products) yang boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Vivix membantu melambatkan pembentukan protein AGE. 

Pernahkah anda mendengar Resveratrol? Ia adalah sejenis antioksidan yang sangat berkuasa untuk meningkatkan metabolisma sel sekaligus menentang penuaan. Ia banyak digunakan dalam supplement kesihatan. Dan tahukah anda Vivix adalah 10 kaliganda lebih hebat dari Resveratrol

Antara ramuan utama Vivix adalah anggur Mascadine yang mengandungi lebih banyak polifenol dan resvetrol. Ia juga mengandungi 20 pasangan kromosom yang memberikan faedah kesihatan yang lebih banyak, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Selain anti penuaan, Vivix mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut: 

  • Menyokong fungsi hati dan sistem kardiovaskular 
  • Menyokong fungsi otak 
  • Menyokong sistem immunisasi 
  • Menyokong kesihatan sendi 
  • Sebagai antioksidan untuk menentang radikal bebas 
  • Mengalakkan keupayaan sel untuk bertahan lebih lama 
  • Meningkatkan metabolisma tenaga sel tubuh 
  • Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan 

Vivix boleh dijadikan hadiah paling berharga buat ibu-bapa anda. Kami telah menerima banyak feedback yang positif terutamanya dari golongan warga emas, seperti semakin bertenaga dan sendi lutut yang lebih kuat. Dapatkan tonik anti penuaan ini dari Beyond Mama sekarang. 



Tuesday, February 12, 2013

NutriFeron - Penemuan Terhebat Bidang Immunologi



Sebelum mengenali Nutriferon, mari kita mengenali apa itu interferon terlebih dahulu. Ok sejarahnya, pada tahun 1954n, saintis dari Universiti Tokyo, Dr Yasuhiko Kojima telah membuat kajian bagaimana tubuh badan kita melindungi diri dari serangan virus. Melalui kajian itu, terhasillah penemuan interferon - sejenis protein semulajadi dalam badan yang bertindak sebagai pencetus atau pemberi respon kepada sistem imunisasi badan untuk menentang serangan virus. Interferon menguatkan sistem imunisasi dengan memberi respon yang cepat kepada sistem imunisasi semulajadi badan. Ia seolah-olah mengejutkan sistem imunisasi kita dari tidur untuk terus melindungi tubuh kita.

Kajian Dr Kojima selama 40 tahun telah menggunakan beribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan. Akhirnya Dr Kojima berjaya menghasilkan Nutriferon - supplement untuk membantu meningkatkan penghasilan interferon dalam tubuh kita. Nutriferon adalah formula eksklusif yang dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. 

Nutriferon diekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji plantago di mana kombinasi 4 tumbuhan ini mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.


Manfaat Nutriferon:
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Nutriferon merangsang dan mempertingkat sistem imun tubuh dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
  • Melawan kanser & tumor
  • Melindungi tubuh dari influenza
  • Meringankan stress & kelesuan
  • Melambatkan penuaan
  • Mengurangkan infeksi penyakit Hepatitis B & C
  • Mengurangkan kesan PMS dan menopaus

Nutriferon sesuai diambil setiap hari kerana setiap hari kita akan terdedah kepada beribu jenis microb melalui pernafasan, pemakanan dan sentuhan. Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pasa sesuai masa, terutamanya ketika tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tifur, dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang tidak sihat akan membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit kronik seperti kanser.

Nutriferon sangat berguna jika anda atau ahli keluarga terasa ingin demam atau telah demam. Telah ramai customers Beyond Mama memberi testimonial positif yang demam mereka sembuh lebih cepat berbanding pengambilan ubat hospital.

Hubungi Beyond Mama sekarang untuk mendapatkan Nutriferon anda. Nutriferon telah menjadi pilihan customers kami sebagai supplement bantuan kecemasan ketika ahli kelurga jatuh sakit. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak sehingga warga tua melalui dos yang betul.


Sunday, February 3, 2013

DTX Complex - Penawar Hati



DTX Complex merupakan supplement yang dirumuskan untuk kesihatan hati - organ penting yang selalu tidak diambil berat oleh kita. Tahukah anda bahawa hati adalah pembersih racun dalam tubuh kita. Tugasnya adalah melakukan detoksifikasi setiap hari untuk memastikan seluruh organ tubuh kita berfungsi secara normal.

Seperti mesin basuh, setelah bersusah payah melakukan tugas pembersihan setiap hari, kualiti pembersihannya akan makin merosot jika tidak diservis. Begitu juga dengan hati kita. Pengambilan junk food, processed food, rokok, minuman beralkohol, menghidu asap kenderaan atau kilang, bahan kimia, ubat-ubatan yang berterusan akan membebankan hati kita untuk memprosesnya. 

Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksin dalam badan akan menyerang organ tubuh yang lain. Anda akan mudah jatuh sakit, malah kegagalan fungsi hati juga boleh menyebabkan kematian. Bantulah hati anda untuk menjalankan tugasnya dengan lebih efektif. Pengambilan DTX Complex dapat membantu fungsi hati seperti berikut:

  • Bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun seperti dadah dan bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu. Hempedu perlu untuk pencernaan lemak dan penyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,F,K)
  • Menyimpan vitamin dan mineral tertentu
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus
  • Menyingkirkan hormon yang berlebihan
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua
  • Mengawalatur metabolisma karbohidrat, lipid dan asid amino
  • Menghasilkan protein plasma tertentu seperti albumin
  • Menghasilkan bahan pembekuan darah

Keistimewaan DTX Complex, ia dirumus daripada gabungan herba-herba berikut:


Milk Thistle Seed
  •         Menghasilkan 80% silymarin yang kaya dengan antioksida
  •         Melindungi hati dari toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia
  •         Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  •         Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  •         Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  •         Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

Artichole
  •         Membina semula sel-sel hati
  •         Merangsang pengaliran hempedu

Dandelion
  •         Membantu fungsi hati dan mengawal bengkak hati atau jaundice
  •         Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu
  •         Membantu mencegah batu karang
  •         Merawat endometriosis, bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  •         Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan anemia
  •         Melawan tumor dan kanser
  •         Merendahkan paras gula dalam darah
  •         Untuk masalah kembung dan lebihan air (water retention)

 Kunyit
  •         Menganduni curcumin - sejenis bahan antioksida
  •         Anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  •         Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

Reishi Mushroom (Ling Zhi)
  •         Membina imun dan membantu mencegah kanser
  •         Mengurangkan masalah bronkitis dan sinus
  •         Merawat sindrom keletihan yang kronik
  •         Membantu mencegah penyakit jantung

 Schizandra
  •         Mengandungi antioksida
  •         Merangsang sintesis protein
  •         Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
  •         Memperlahankan pembentukan toksin

DTX Complex sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai gaya hidup, pemakanan atau pekerjaan yang mudah terdedah kepada bahan toksin. Ia juga sesuai untuk golongan dewasa yang mengambil berat dan ingin menyokong fungsi hati mereka untuk kesihatan jangka panjang. Dapatkan DTX Complex dari Beyond Mama hari ini untuk kesihatan hati anda. 




Saturday, February 2, 2013

Garlic Complex - Antibiotik Semulajadi


Garlic terkenal dengan gelaran natural antibiotik kerana ia tidak mematikan bacteria baik seperti mana chemical antibiotic. Garlic juga bersifat antibacterial, antiviral dan antiparasit yang membantu mencegah dan mengurangkan kesan jangkitan.

Allicin merupakan komponen aktif yang terdapat di dalam Garlic. Allicin berfungsi sebagai antibiotik semulajadi untuk menentang jangkitan kuman dan fungus. Untuk mendapatkan kebaikan Allicin, garlic perlu diambil secara mentah. Walaubagaimanpun, Allicin adalah sangat tidak stabil dan mudah musnah apabila garlic dipotong, dihancurkan atau dimasak. Dan ramai yang tidak mampu menahan bau dan rasanya yang kuat, Jadi, agar sukar untuk kita mendapat manfaat daripada Allicin.

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee ialah, ianya dihasilkan dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organic di California, USA di waktu musim panas. Ianya dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan Allicin adalah 100% kekal aktif. Ia juga dihasilkan dari dwi teknologi untuk mengawal bau garlic. Tambahan serbuk Rosemary menghalang Allicin daripada teroksida.

Manfaat utama pengambilan Garlic:
  • Melegakan demam, batuk dan selsema
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghalang dan melegakan jangkitan seperti kulat, kuman, virus, yis candida dan cacing.
  • Menghalang alergi seperti hidung sensitif, sinus dan asthma
  • Membaikpulih sistem penghadaman seperti kembung, gastrik, ketidakhadaman dan ulser gastrik
  • Detoksifikasi - ia mampu mengeluarkan raksa, plumbub dan kadimum dari tubuh
  • Melindungi sel darah dari dimusnahkan oleh logam berat dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  • Menstabilkan glukos dalam badan dan meransang pengeluaran insulin untuk mengurangkan kesan Diabetes Type II.
  • Menurunkan kolestrol dalam darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan Nitrosamine - bahan pencetus kanser
  • Menghapuskan jerawat

1 table Garlic bersaman 1 ulas bawang putih segar yang lengkap dengan nilai Allicin yang diperlukan. Jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai masalah alergi, jangkitan kuman atau mudah demam, Garlic adalah supplement yang perlu anda miliki kerana ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Dapatkan Garlic dari Beyond Mama sekarang!




Wednesday, January 30, 2013

Zinc Complex - Murah Tapi Hebat!



Zinc Complex merupakan supplement termurah keluaran Shaklee tapi mempunyai nilai kesihatan yang tersangat tinggi terutamanya buat golongan lelaki. Dengan harga di bawah RM30, anda boleh mendapat manfaat berikut daripada pengambilan Zinc Complex secara konsisten: 

  • Meningkatkan kesuburan lelaki melalui peningkatan kualiti sperma termasuk sperm count, sperm mobility dan sperm morphology 
  • Meningkatkan kesuburan wanita - zink diperlukan untuk ovulasi dan ia juga membantu pengecutan uterus Mempercepatkan pemulihan luka - sesuai digunakan buat ibu yang sedang berpantang kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka bersalin samada secara normal atau pembedahan 
  • Diambil ketika mengandung untuk mengurangkan komplikasi kelahiran seperti lahir tidak cukup bulan, pregnancy induced hypertension, prelabour rupture of membranes, post-term pregnancy, neonatal jaundice dan banyak lagi. 
  • Meningkatkan antibodi. Ia mengaktifkan sel darah putih untuk melawan jangkitan. 
  • Mengawal diabetes - zinc membantu mengeluarkan dan mengekalkan fungsi insulin 
  • Untuk kesihatan otot dan tulang 
  • Menguatkan daya ingatan 
  • Mengatasi masalah rambut gugur 
  • Meningkatkan kemampuan seks lelaki 
  • Memperbaiki masalah prostat 
  • Memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat 
  • Mengaktifkan lebih 200 enzim tubuh untuk memelihara metabolisma dan pertumbuhan organ tubuh 
  • Membentuk kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit, rambut dan organ 
  • Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif 


Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zinc glukonat semulajadi dan nutrients lain seperti kalsium, serbuk alfalfa dan barley untuk menghasilkan zink yang mudah diserap tubuh. Penggunaan jangka panjang membantu mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kaliganda dari organ lain. Ia memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yang serius akan menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, etc. Jangan tunggu lagi. Dapatkan Zinc Complex dari Beyond Mama sekarang!



Monday, January 28, 2013

Herb-Lax: Julap Semulajadi


Adakah anda sering mengalami masalah sembelit? Adakah anda ingin menurunkan berat badan? Adakah anda sedang mencari produk detoksifikasi yang selamat? Herb-Lax adalah pilihan yang tepat! Herb-Lax berfungsi sebagai julap semulajadi yang membantu proses pembersihan usus secara lembut. Antara fungsi utama Herb-Lax adalah:


  • Membersihkan najis yang tersekat dan terkumpul lama di dalam usus
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Mengurangkan berat badan
  • Detoksifikasi - menyingkir toksin dari badan supaya usus lebih mudah menyerap khasiat vitamin

Herb-Lax dirumus dari 9 herba semulajadi iaitu alfalfa, senna, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Penghasilan Herb-Lax adalah daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.

  • SENNA LEAVES merangsang tindakan pembersihan lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • BUCKHORN BARK melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.
  • LICORICE ROOT membantu proses detoksifikasi
  • FENNEL SEEDS mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut.
  • ANISE SEED merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • RHUBARB ROOT merupakan herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik.
  • BLUE MALVA FLOWER membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  • CULVER'S ROOT membantu lebihan air dalam badan dan masalah asma.
  • ALFALFA LEAVES membersihkan usus, darah dan hati.

Anda sangat digalakkan untuk mengambil Herb-Lax terlebih dahulu sebelum mengamalkan mana-mana set vitamin keluaran Shaklee untuk tujuan pembersihan usus (detoksifikasi). Ini adalah kerana usus yang bersih akan lebih mudah menyerat khasiat vitamin yang diambil, maka kesan vitamin itu akan menjadi lebih efektif kepada tubuh kita.

Herb-Lax juga merupakan salah satu produk utama dalam set pelangsing dan penurunan berat badan Shaklee. Dapatkan Herb-Lax dari Beyond Mama. Harganya adalah amat berpatutan.




Sunday, January 27, 2013

Meal Shake



Meal Shake merupakan minuman multivitamin yang mempunyai perasa vanilla yang sangat lazat. Walaupun Meal Shake dikategorikan dalam kategori Children's Nutrition, ia juga sesuai untuk dinikmati oleh setiap lapisan usia termasuk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, vegetarian, etc. Jika anak anda seorang yang sukar untuk multivitamin yang berbentuk tablet, Meal Shake adalah alternatif yang terbaik buat anda.

Meal Shake menjadi pilihan ibu-ibu yang mempunyai anak yang cerewet memilih makanan atau tiada selera makan. Meal Shake memastikan anak anda akan mendapat nutrient harian yang diperlukan pada kadar yang secukupnya. Malah, ramai ibu memberi testimoni positif yang selera makan anak-anak mereka semakin bertambah sejak mengambil Meal Shake. Ramai juga ibu menggunakan Meal Shake bersama Omega Guard dan Nutriferon untuk merawat anak yang sakit seperti demam, batuk berkahak, selsema, lung infection, lelah/asthma, etc.

Meal Shake mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang lengkap termasuk lactalbumin, immunoglobulin, lactoferrine, bacteriolysin, etc. Antara manfaat utama dari pengambilan Meal Shake ialah membantu tumbesaran, sebagai anti-oksida, detoksifikasi dan untuk kecantikan kulit.



Meal Shake juga merupakan produk utama dalam set Mighty 3 Gems (klik pada link) - set popular sebagai pengganti sarapan pagi atau ketika sahur. Ia boleh dicampurkan bersama apa jenis minuman kegemaran anda samada panas atau sejuk. Sangat sesuai untuk dicampur bersama fruit smoothies. Ia tidak mempunyai sebarang pewarna dan gula tiruan.  Dapatkan Meal Shake anda dari Beyond Mama sekarang!




Chewable Vita-C Plus


Chewable Vita-C Plus mempunyai fungsi yang sama seperti Sustained Release Vita-C Plus. Perbezaannya cuma dua iaitu pertama, ia adalah berbentuk chewable tablet dan kedua ialah dose nya adalah sedikit rendah berbanding dengan Sustained Release Vita-C Plus. Ini adalah untuk membolehkan setiap golongan terutamanya kanak-kanak dapat menikmati khasiat Vita-C Plus ini. Buat yang tidak gemar menelan pil, anda boleh memilih Chewable Vita-C Plus ini sebagai ganti, anda cuma perlu mengambil 5 tablet sehari, yang mana ia bersamaan dengan dose 1 biji Sustained Released Vita-C Plus. 

Antara faedah pengambilan Chewable Vita-C Plus adalah:

  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan symptom selsema
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Mempercepatkan penyembuhan luka, gusi berdarah, lebam, etc.
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu penyerapan zat besi dan folic acid dengan lebih berkesan (bagus untuk wanita hamil)
  • Menghapuskan radikal bebas dan memerangi kanser
  • Mencegah penyakit scurvy
  • Mengekalkan kolestrol yang sihat

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan Vita-C Plus keluaran Shaklee, anda boleh merujuk kembali entry Sustained Release Vita-C Plus (sila klik pada link). Dapatkannya sekarang untuk kegunaan seisi keluara termasuk anak-anak anda.




Saturday, January 26, 2013

Vita-Lea for Children

ChewableVita-Lea merupakan multivitamin khas untuk kanak-kanak dan boleh mula diambil seawal usia 2 tahun. Seperti mana anda menyayangi anak anda, sayangilah kesihatannya juga. Kanak-kanak kecil masih belum mengerti untuk membezakan sesuatu makanan itu berkhasiat atau tidak. Kanak-kanak juga banyak terdedah kepada junk food dan processed food yang mudah didapati di mana-mana. 

Jangan biarkan anak anda terus kekurangan nutrients. Vita-Lea for Children lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting yang anak anda perlukan. Hasil yang akan anak anda perolehi melalui pengambilan Vita-Lea for Children secara konsisten adalah:

  • Tumbesaran yang ideal
  • Lebih sihat dan sukar untuk jatuh sakit
  • Peningkatan sistem imun badan
  • Tulang dan gigi yang kuat dan sihat
  • Lebih cergas dan cerdas

Vita-Lea for Children tidak mengandungi pengawet, perasa atau pemanis tiruan. Rasa manisnya adalah dari penambahan xylitol yang tidak akan menyebabkan kaviti pada gigi. Sayangilah anak anda dengan melindungi kesihatannya. Kita mampu membelikan anak kita pakaian yang selesa dan alat mainan yang mahal. Mengapa kita tidak mampu untuk membuat investment yang kurang dari RM50 ke atas kesihatannya? Hubungi Beyond Mama sekarang untuk membuat tempahan atau pembelian.



Monday, January 14, 2013

Advanced Joint Health Complex



Bila menyebut tentang supplement untuk sakit sendi, pasti ramai yang tercari-cari supplement yang tertulis Glucosamine dan Chondroitin pada label botol. Tahukah anda bahawa Chondroitin mengandungi Chondroitin Sulfate yang boleh mengurangkan kadar penyerapan glucosamin. Kebanyakannya diekstrak dari sumber haiwan yang mudah terdedah pada pencemaran semasa pemprosesan. Chondroitin juga mempunyai kesan sampingan seperti ketidakselesaan perut, muntah, loya, gastric, pedih hulu hati, cirit-birit, penyahhidratan, sakit perut, angin dan sakit tekak. Ia juga berinteraksi dengan warfarin, sejenis ubat penipis darah yang boleh menyebabkan leban dan pendarahan dalaman yang teruk.


Shaklee mempunyai supplement yang lebih hebat untuk mengawal masalah sendi anda. Advanced Joint Health Complex sesuai diamalkan oleh golongan yang mempunyai masalah-masalah seperti berikut:
  • Leher kejang/kaku
  • Sakit bahu
  • Sakit lutut ketika menaiki tangga
  • Sakit pada pergelangan tangan
  • Sakit lutut ketika mencangkung
  • Sakit sendi di waktu pagi
  • Sakit pinggang


 Advanced Joint Health Complex menyokong kesihatan sendi anda melalui 3 cara:
  1. Meningkatkan keselesaan sendi (melalui ekstrak Boswellia)
  2. Meningkatkan kesan kusyen (melalui ekstrak jagung/glucosamine)
  3. Memelihara kesihatan tisu penyambung (melalui vitamin C, zink, tembaga dan mangan)


Kandungan utama Advanced Joint Health Complex  adalah ekstrak Boswellia. Dalam perubatan Ayuverdic, Boswellia digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Ia merupakan agen anti-radang semulajadi yang bertindak pantas menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.


Ekstrak jagung atau glucosamine pula merupakan komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawak dan bendalir sinovial. Ia bertindak sebagai pelincit dan membekalkan kesan kusyen antara sendi-sendi. Vitamin C, Zink, Tembaga dan Mangan pula merupakan nutrien penting dalam pembinaan kolagen dan komponen tisu penyambung.


Ujian klinikal mendapati ekstrak Boswellia dalam Advanced Joint Health Complex dapat menunjukkan kesan dalam masa 5 hari. 45% mendapati sendi terasa lebih selesa dan 31% mendapati pergerakan menjadi lebih senang.


Dapatkan Advanced Joint Health Complex dari Beyond Mama sekarang. Ianya selamat, 100% berasaskan sayur-sayuran, tiada perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet dan 100% bebas chondroitin!


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com