Tuesday, November 27, 2012

OsteMatrix - Lebih Dari Kalsium

Fakta am yang diketahui ramai, tubuh kita hanya memerlukan kalsium untuk gigi dan tulang yang sihat, tapi manfaat kalsium adalah lebih dari itu. Kalsium boleh didapati daripada pelbagai jenis makanan termasuk produk tenusu. Walaubagaimanapun, faktor utama yang mempengaruhi kualiti kalsium yang bagus adalah kadar penyerapannya ke dalam tubuh. 

Kalsium tidak dapat dibina oleh tubuh, maka ia perlu diambil melalui makanan atau supplement. Kalsium adalah amat sukar diserap oleh tubuh. Kajian menunjukkan, hanya 32% kalsium daripada susu dan produk tenusu yang lain yang boleh diserap tubuh. Keperluan harian kalsium untuk tubuh kita adalah 1000 mg untuk dewasa yang berusia dari 19-50 tahun dan 1200 mg untuk warga tua yang berumur 50 tahun dan ke atas. OsteMatrix boleh membantu anda memenuhi keperluan itu tanpa perlu bersusah-payah untuk membancuh dan meminum bergelas-gelas susu sehari.

Kelebihan OsteMatrix ialah kandungan kalsiumnya yang paling seimbang untuk memastikan 99% kadar penyerapannye ke dalam tubuh kita. Formulanya adalah unik kerana ia dihasilkan dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mana ianya kaya dengan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganese dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk kadar penyerapan yang optimum oleh tubuh dan bagi menghalang pemendapan kalsium yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang atau batu hempedu.


Bagaimana caranya untuk memilih supplement kalsium yang bagus?
  1. Harus mengandungi sekurang-kurangnya Magnesium dan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium. OsteMatrix Shaklee mengandungi Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganese dan Boron untuk memastikan 99% kadar penyerapan.
  2. Elakkan supplement yang dibuat dari tulang dan dolomite kerana ia boleh menyebabkan keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan bertoksin dalam proses menyerap mineral

Apakah  manfaat utama OsteMatrix?
  1. Menguatkan gigi dan tulang
  2. Menghalang osteoporosis. 
  3. Meningkatkan ketumpatan jisim tulang. Jisim tulang berkembang pada tahap maksimum pada usia 28 tahun dan berkurang selepas itu. Pada usia 40 tahun, jisim tulang akan menurun dengan lebih cepat.
  4. Memekatkan darah (blood clotting) - penting jika anda mengalami kecederaan, kandungan kalsium yang cukup akan membantu menghentikan pendarahan dengan cepat. Pendarahan yang serius dan berterusan boleh menyebabkan kematian. Juga membantu masalah gusi berdarah.
  5. Mencegah/merawat kebas, kejang otot dan sakit sendi. Juga mencegah masalah simpul biawak pada wanita mengandung. 
  6. Mencegah retensi air (water retention) terutama di kalangan wanita hamil.
  7. Membantu meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu yang menyusukan anak.
  8. Membantu kesuburan lelaki dan wanita. Buat wanita, ia membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur. Buat lelaki, ia membantu meningkatkan pergerakan sperma yang aktif.
  9. Membantu masalah gastrik dan hiperaktiviti perut
  10. Melancarkan pengaliran sistem saraf - ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  11. Meringankan sakit ketika haid dan membantu proses pembuangan air kecil.
  12. Mengalkalikan tubuh dan memastikan tubuh mendapat imbangan pH yang baik.
  13. Membantu sel mnyerap nutrient terutamanya vitamin B-12 dan membantu merangsang detoksifikasi.
  14. Membantu pengawalan gula dalam darah dan untuk fungsi insulin badan yang normal.
  15. Baik diamalkan ketika berpantang  untuk mengurangkan sakit selepas bersalin. Kandungan magnesium di dalam OsteMatrix membantu penghadaman supaya tidak mudah sembelit (masalah utama wanita berpantang)

See, banyak manfaat yang boleh anda perolehi dengan pengambilan OsteMatrix setiap hari. Jangan tunggu lagi. Dapatkan OsteMatrix dari Beyond Mama sekarang. Khidmat nasihat dan jadual pengambilan vitamin akan diberikan secara percuma.




Friday, November 23, 2012

B-Complex - Vitamin Penenang & Pemberi Tenaga


B-Complex merupakan salah satu basic vitamin yang terdapat dalam set Family Wellness. Ia merupakan salah satu vitamin kegemaran saya, hari terasa tidak sempurna tanpa pengambilannya. Kenapa? Ini kerana B-Complex merupakan vitamin tenaga dan vitamin penenang - dua elemen yang sangat saya perlukan untuk menjalani rutin harian sebagai seorang ibu dan isteri yang bekerjaya.

Vitamin B sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tenaga metabolisma, sintesis DNA, untuk kesihatan jantung, kulit, mata, pernafasan, saraf, dan keseluruhan fungsi tubuh. Tekanan dan pengambilan alkohol dan ubat-ubatan boleh mengurangkan vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B juga bersifat larut air, jadi sebarang lebihan vitamin B tidak akan disimpan oleh badan, tapi akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Jadi, adalah amat penting untuk mengambil vitamin B-Complex setiap hari.

Bagaimana untuk memilih B-Complex yang baik? Ia perlulah menepati ciri-ciri berikut:
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang mematuhi RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 hendaklah tidak terlalu besar.
  4. Tidak mengandungi formula tidak larut air (sustained release)

Keistimewaan Shaklee, asid folik di dalam B-Complex Shaklee telah dicipta secara semulajadi oleh para saintis Shaklee dan ia merupakan asid folik pertama di dunia yang mempunyai kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran adalah bersifat sintetik. Oleh sebab itu, pengambilan B-Complex amat digalakkan buat ibu mengandung untuk menggantikan asid folik sintetik yang biasa dibekalkan oleh pihak klinik.

Manfaat utama B-Complex Shaklee adalah seperti berikut:
  1. Menukar makanan (lemak, karbohidrat dan protein) kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan. Juga membantu proses penghadaman
  2. Melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf. Meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  3. Mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang pada bayi dalam kandungan. Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal dan membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru.
  4. Baik untuk kesihatan kulit - mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.
  5. Baik untuk kesihatan rambut - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban.
  6. Baik untuk kesihatan mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, mengingkatkan kualiti penglihatan, memori dan daya fokus.
  7. Mencegah anemia - membantu pembentukan antibodi dan sel darah merah yang sihat, merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, 
  8. Mencegah sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah, mabuk darat atau laut.
  9. Meredakan senggugut
  10. Mencegah masalah kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  11. Untuk meredakan alahan dan tujuan detoksifikasi.

Jangan tunggu lagi. Dapatkan B-Complex Shaklee anda dari Beyond Mama sekarang. Harganya amat berpatutan untuk manfaat dan kualiti yang ditawarkannya.


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Jom Jadi Ahli / Pengedar Shaklee

Kebanyakan customer Beyond Mama yang membeli supplement Shaklee dari kami dan kembali untuk membuat repeat order akan kami tawarkan peluang menjadi distributor Shaklee. Ini adalah kerana dengan hanya menggunakan supplement Shaklee untuk kegunaan sendiri, anda juga berpotensi menerima cash bonus setiap bulan dari Shaklee. 

Mendaftar sebagai Shaklee Distributor adalah sangat mudah. Anda cuma perlu membayar membership fee sebanyak RM65 dan tambah RM10 untuk kos penghantaran kit. Untuk yang tinggal di Sabah/Sarawak, kos penghantaran adalah sebanyak RM20. Kaedah ini sesuai untuk yang ingin menjadi ahli Shaklee untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga.

Bagi yang berminat untuk menjadi Shaklee Distributor untuk tujuan bisnes, anda boleh membeli produk Shaklee minimum 200UV (harga sekitar RM600++) dan anda akan mendapat free membership serta-merta. Kami akan membimbing anda untuk membuat pilihan produk untuk memulakan bisnes anda. 


Apa kebaikan menjadi ahli/pengedar/distributor Shaklee?
  1. Modal permulaan yang rendah. 
  2. Dapat membeli dengan harga ahli. Penjimatan sehingga 35%.
  3. Dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah dari harga ahli melalui promosi bulanan Shaklee.
  4. Berpeluang mengumpul point dan menjana pendapatan sampingan hanya dengan penggunaan sendiri. Pengambilan supplement adalah amalan dan investment yang berterusan, jadi anda akan berpeluang menjana pendapatan yang berterusan.
  5. Berpeluang menjana pendapatan sampingan hanya dengan berniaga secara part time.
  6. Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menyimpan stok. Shaklee boleh membantu anda membuat dropshipping kepada customer anda.
  7. Tidak diwajibkan maintain point setiap bulan. Point adalah bergantung kepada banyak mana bonus yang anda inginkan. Tiada paksaan.
  8. Tidak diwajibkan menaja downline. Anda cuma perlu banyakkan sharing session untuk menarik lebih banyak ahli untuk menambahkan bonus bulanan anda. Sekali lagi, ia bergantung kepada target bonus yang anda inginkan.
  9. Tidak memerlukan kedai untuk berniaga. Kebanyakan distributor Shaklee membuat bisnes secara online dan perkongsian secara offline sahaja bersama family dan rakan terdekat. 
  10. Harga produk yang berpatutan dengan kualiti produk yang hebat. Shaklee telah mencapai score 8.9 per 10 untuk effectiveness rating. Supplement Shaklee adalah semulajadi (bukan sintetik), selamat dan berkesan. Rangkaian produk hebat untuk penggunaan seisi keluarga dari kanak-kanak ke warga emas. Kehebatan Shaklee membuatkan produk ini senang untuk dijual.

Itu adalah antara top 10 faedah menjadi ahli Shaklee. Selain untung runcit, anda berpeluang mendapat 3C bonus dari Shaklee. Apa itu 3C?
  1. Cash bonus - bonus personal dan bonus kepimpinan sekiranya anda mempunyai downline.
  2. Car bonus - berpeluang memiliki kereta idaman pilihan anda.
  3. Convention bonus - berpeluang melancong ke luar dan dalam negara termasuk peluang mengerjakan umrah.

Saya ingin berkongsi tentang pengalaman ringkas saya sepanjang menyertai bisnes Shaklee. Saya merupakan pengguna Shaklee tanpa keahlian sejak tahun 2010. Mula menggunakan Shaklee kerana ingin mencuba breastfeeding set untuk memperbanyakkan susu badan.

Selepas 2 tahun, pada hujung June 2012, saya mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Shaklee. Saya cuma mengambil pakej keahlian RM65 kerana saya belum bersedia untuk membuat bisnes Shaklee, hanya untuk kegunaan sendiri. Waktu itu, knowledge tentang bisnes Shaklee masih zero, jadi bulan itu saya tidak mendapat sebarang bonus peribadi.

Pada July 2012, sempena penubuhan blog Beyond Mama, saya cuba mempromosikan produk Shaklee. Saya kongsikan pengalaman menggunakan supplement Shaklee semasa mengandungkan anak ke-2. Alhamdulillah, saya mendapat bonus 3 angka bulan itu.

Pada August 2012 pula, ahli Shaklee saya makin bertambah dan saya telah dinaikkan pangkat dari Distributor ke Supervisor dan bonus saya mula mencecah 4 angka. Pada October 2012 pula, sekali lagi saya dinaikkan pangkat ke Senior Supervisor. Alhamdulillah dan saya akan terus berusaha untuk mencecah bonus 5-6 angka selepas ini.

Anda juga berpeluang mencapainya. Saya hanya melakukannya secara sambilan. Hubungi Beyond Mama sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan kami akan memberi bimbingan untuk anda berjaya.


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com 

Sunday, November 11, 2012

Alfalfa Complex


Alfalfa Complex adalah supplement unik dan merupakan signature product keluaran Shaklee. Buat yang masih baru dengan Alfalfa, ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang sangat istimewa dan hebat. Kenapa saya katakan ianya istimewa?


Akar pokoknya tumbuh sedalam 20-60 kaki ke dasar bumi. Seperti yang semua tahu, semakin dalam ke bawah tanah, semakin banyak nutrient dan mineral yang terdapat di dalamnya. Maka, akar pokok Alfalfa dikenali sebagai "Nature's Miners" yang menyerap segala nutrient di dasar bumi dan menyimpannya di dalam daun Alfalfa. Jadi, daun Alfalfa adalah ibarat stor penyimpanan nutrient. Oleh sebab itu, Alfalfa turut dikenali sebagai Raja Tumbuhan.

Keistimewaan utama Alfalfa keluaran Shaklee adalah seperti berikut:

  1. Hanya menggunakan Alfalfa yang telah mencapai tahap kematangan 5-7 tahun. Kebanyakan minuman klorofil di pasaran hanya menggunakan daun dari tumbuhan hijau yang masih muda dan berakar pendek yang mana kandungan nutrient-nya adalah lebih sedikit berbanding Alfalfa yang mempunyai akar yang dalam.
  2. Mempunyai kadar klorofil yang tinggi. Tumbuhan hanya akan mencapai kadar klorofil yang tinggi sekiranya ia dituai setelah mencapai tahap kematangan mutlak. 
  3. Ditanam secara organik dan bebas dari racun serangga dan bahan bertoksik.
  4. Hanya menggunakan daun Alfalfa (tidak dicampurkan bersama batang/ranting pokok). Daun Alfalfa ini akan dikeringkan dan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
  5. Diproses pada suhu rendah bagi memastikan enzyme yang terkandung di dalamnya terpelihara.

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Antara manfaat utama Alfalfa Complex ialah:

  1. Sebagai penggalak susu badan
  2. Detoksifikasi - ia mencuci/menulenkan darah dan mempunyai fungsi antibiotik
  3. Membantu proses penghadaman, ulser perut, gastrik, kembung, sembelit, etc
  4. Melawan alahan seperti kulit dan hidung sensitif
  5. Mengurangkan nafas berbau, bau badan dan tapak kaki berbau
  6. Mengurangkan keputihan pada wanita
  7. Memelihara saluran kencing dan fungsi buah pinggang
  8. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  9. Mengawal diabetes
  10. Mencegah/merawat arthritis, gout dan rheumatism
  11. Menyingkirkan lemak dan kolestrol
  12. Melawan tumor
  13. Untuk merawat masalah kulit
  14. Anti inflamasi
  15. Mencegah retensi air

Alfalfa Complex merupakan salah satu supplement utama dalam Set Breastfeeding kami untuk tujuan milk booster. Tapi khasiat Alfalfa Complex adalah lebih dari itu. Ia merupakan pencuci darah, darah yang bersih dan sihat mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada pengumpulan toksin di dalam darah. Dapatkan Alfalfa Complex dari Beyond Mama sekarang!




Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com