Thursday, October 25, 2012

Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin)



Vita-Lea merupakan multivitamin dan mineral semulajadi yang hebat keluaran Shaklee. Tahukah anda bahawa Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia pada tahun 1915? Pada asalnya, ia dikenali sebagai Vitalize-Mineral dan disingkatkan sebutannya kepada Vita-Min. So, term vitamin yang disebut-sebut kini sebenarnya adalah berasal dari Shaklee!

Pada waktu itu, multivitamin Shaklee adalah dalam bentuk cecair. Peningkatan teknologi semasa kini telah mengubahnya kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Ia telah menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenannya.

Tablet Vita-Lea ini berwarna hijau kerana ia disaluti serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks yang disebut sebagai Explo-Tab. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas dalam dunia terlarut dalam air dan badan manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea juga telah dipilih oleh Center for Science di USA sebagai The Best Multivitamin di dalam Publis Interest pada tahun 2000.


Manfaat utama Vita-Lea:

  • Pelengkap nutrisi - ia mampu menampung kekurangan nutrient harian yang disebabkan amalan pemakanan dan diet yang tidak seimbang.
  • Mencegah anemia - tambahan iron meningkatkan penghasilan sel darah merah 
  • Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh, kekuatan mental dan membantu sistem memori dan focus dalam pembelajaran dan kerja seharian.
  • Meningkatkan metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit dan hormon serta menjaga kesihatan tyrod.
  • Melindungi organ termasuk fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  • Meningkatkan keupayaan sistem produktif.

Dan yang paling penting, Vita-Lea adalah semulajadi dan bukanlah vitamin sintetik. Buktinya, ia tidak memerlukan silica gel untuk mengekalkan kualiti dan ketulenannya. Ia juga tidak mengandungi pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Jadi buatlah pilihan yang bijak untuk kesihatan anda. Vita-Lea juga merupakan basic vitamin yang terdapat dalam Set Family Wellness. Dapatkan Vita-Lea dari Beyond Mama sekarang!







GLA Complex




GLA Complex nie seolah-olah seperti woman's daily bestfriend. Jika diambil secara konsisten, kesan ke atas kewanitaan memang sangat terserlah. Tapi, GLA Complex sebenarnya boleh diambil oleh kaum lelaki juga. Mari kita baca kelebihan GLA Complex ini.

GLA stands for Gamma Linolenic Acid - sejenis acid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal. Kebanyakan GLA di pasaran dihasilkan daripada EPO (evening primrose oil). Keistimewaan GLA keluaran Shaklee, ia diekstrak daripada borage yang mana kandungan GLA-nya adalah 2 kaliganda lebih pekat dan 3 kaliganda lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ia turut digabungkan dengan minyak sunflower dan vitami E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


Manfaat utama GLA Complex keluaran Shaklee:
 
  • Memelihara kesihatan - borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal estrogen dan testosteron - GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Menambah kesuburan wanita - Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.
  • Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Mencantikkan kulit - memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
  • Mencantikkan rambut - memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
  • Pelangsingan - merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc.
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
  • Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) - terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Jika anda lihat manfaat-manfaat yang mampu GLA tawarkan seperti di atas, jelaslah yang GLA Complex bukan hanya untuk golongan wanita sahaja, malah boleh diambil oleh golongan lelaki, kanak-kanak remaja, golongan tua dan juga selepas menopaus/andropaus (menopaus lelaki). Seperti biasa, hubungi Beyond Mama untuk mendapatkan GLA Complex anda dan dapatkan konsultasi percuma dari kami.



Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Tuesday, October 23, 2012

Lecithin - Pemecah Lemak yang Selamat



Lecithin merupakan salah satu supplement kegemaran para ibu yang sedang menyusu kerana ia dapat membantu menguruskan badan dengan selamat tanpa menjejaskan proses penyusuan. Ia diekstrak dari kacang soya organik dan non-GMO (non-genetically modified organism)

Setiap kapsul mengandungi 530mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina juga merupakan komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghataran mesej kepada otak dan sistem saraf.

Bagaimana Lecithin dapat membantu proses pelangsingan di samping meningkatkan taraf kesihatan pada masa yang sama?

  • Memecahkan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Ia mengemulsi lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Menghalang obesiti - pengambilan yang berterusan dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.
  • Mencegah batu karang - 90% daripada batu karang terjadi dari kolestrol dan Lecithin akan membantu mengemulsikan kolestrol tersebut.
  • Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Lecithin menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah yang sihat.
  • Membantu tubuh menyerap vitamin yang larut lemak seperti A, D, E dan K.
  • Memperbaiki alergi - menghalang platelet darah dari mengatifkan tisu gegelung di dalam salur darah seterusnya meningkatkan alergi terhadap penyakit kulit seperti dermatitis.
  • Mencantikkan otot dan kulit - Lecithin membentuk membran sel, melembab dan menghaliskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - kandungan kolina membantu membentuk penghantar untuk saraf kranial yang meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
  • Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan Lecithin yang konsisten.

See, banyak khasiat yang boleh anda perolehi dengan pengambilan Lecithin. Anda boleh kurus dan sihat pada masa yang sama. Jangan tunggu lagi. Dapatkan Lecithin dari Beyond Mama sekarang.



Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Monday, October 22, 2012

Shaklee Slimming/Weight Loss Set



Kesinambungan daripada entry bertajuk Cinch Meal Replacement Set (sila klik link untuk baca semula), set di atas merupakan pakej lengkap untuk kesan pelangsingan yang optimum. Ia terdiri daripada:

1) Cinch Shake Mix - pengganti makanan yang lazat, berkhasiat dan boleh membuatkan anda berasa kenyang. Kaya dengan fibre untuk penghadaman yang sempurna. Sesuai digunakan sebagai pengganti sarapan pagi atau makan tengahari. Terdapat dalam perisa Chocolate, Vanilla dan Cafe Latte.
2) Energizing Soy Protein (ESP) - tambahan ESP ke dalam Cinch Shake Mix akan menambahkan rasa yang lebih lazat, lebih mengenyangkan dan membantu proses pelangsingan melalui pembinaan otot yang menaikkan kadar metabolisma dan membakar kalori dengan lebih berkesan.
3) Cinch Energy Tea Mix - memberi tenaga ketika berdiet agar tidak keletihan ketika proses pembakaran kalori berlaku.
4) Lecithin - sebagai pemecah lemak dan kolestrol dan membantu membersihkan salur darah yang berkolestrol. Baik untuk mencegah obesiti dan masalah jantung dan hati.
5) Herb-Lax - sebagai pelawas semulajadi yang bertindak lembut untuk menggalakkan pembersihan usus dan membantu proses semulajadi tubuh.


Ramai pengguna yang telah berjaya menghilangkan berbelas-belas kilogram dengan pengambilan set optimum ini. Jangan tunggu lagi! Lose weights and inches now with this optimum slimming set from Shaklee. Hubungi Beyond Mama sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma seperti jadual pengambilan.




Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Cinch Meal Replacement Set



Tahukah anda, selain vitamin untuk kesihatan dan kecantikan, Shaklee juga turut mempunyai rangkaian produk untuk pelangsingan dan penurunan berat badan iaitu set Cinch dengan tambahan ESP untuk rasa yang lebih lazat dan kesan yang lebih hebat.


Cinch Shake Mix (Chocolate/Vanilla/Cafe Latte)



Terdapat dalam 3 perasa iaitu Chocolate, Vanilla dan Cafe Latte. Ketiga-tiganya mempunyai rasa yang SANGAT LAZAT, lebih-lebih lagi apabila dicampur bersama 1 sudu ESP. Saya pernah mencuba meal replacement set Herbalife sebelum ini. Memang berkesan tapi rasanya membuatkan saya terpaksa berusaha gigih untuk menghabiskannya - campur kurma, pisang, flavoured milk, etc. Dengan Cinch Shake Mix, anda cuma perlu campurkannya ke dalam air sejuk dan shake untuk diminum segera.

1 hidangan Cinch Shake Mix membekalkan 24 gram protein, 24 gram vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Cinch Shake Mix digalakkan diambil bersama 1 sudu Energizing Soy Protein (ESP) untuk membina otot dan meningkatkan kadar metabolisma untuk membakar kalori.

Keistimewaan Cinch Shake Mix:

  • Sebagai pengganti makanan yang rendah kalori tapi kaya dengan fiber dan protein yang membuatkan anda kenyang
  • Mempunyai rasa yang enak seperti pencuci mulut
  • Mempunyai index glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Mengandungi leucine untuk memelihara otot semasa proses menurunkan berat badan
  • Penggunaan soya bebas GMO (non-genetically modified organism)
  • Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan
  • Selamat untuk wanita hamil dan menyusu (walaubagaimanapun wanita hamil dan menyusu memerlukan kalori yang lebih, jadikan gunakan dengan bijak)

Cinch Energy Tea Mix


Pembakaran kalori ketika berdiet boleh membuatkan kita kekurangan tenaga. So, bila tengah tak bertenaga tue, kita tend to makan lebih banyak dan tanpa kita sedar kita telah menambah extra calories lagi. So, Cinch Energy Tea Mix dapat membantu untuk memberi tenaga segera ketika sedang berdiet.

Keistimewaan Cinch Energy Tea Mix:

  • Alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • Penggalak tenaga semulajadi yang selamat
  • Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis
  • Dengan campuran T-Lift formula - matcha green tea powder, red tea extract, white tea extract, dan rooibos red tea extract yang kaya dengan antioksidan
  • Boleh dihidangkan panas atau sejuk


Kini, anda tidak perlu rasa terseksa untuk berdiet. Hubungi Beyond Mama sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma seperti jadual pengambilan dan pilihan perasa yang sesuai untuk Cinch Shake Mix.

Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Monday, October 15, 2012

Minyak Selusuh Bidan Kampung


Ramai yang bertanya, adakah Minyak Ambar Kenanga boleh dijadikan minyak selusuh untuk diminum? Jawapannya tidak boleh. Minyak Ambar Kenanga adalah untuk kegunaan luaran sahaja. Atas permintaan ramai, Beyond Mama kini turut menjual Minyak Selusuh Bidan Kampung yang boleh diminum untuk tujuan memudahkan proses bersalin, dengan izin Allah insyaallah...

Minyak Selusuh Bidan Kampung diperbuat dari 100% Minyak Kelapa Dara Asli. Kaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.

Antara kelebihan Minyak Selusuh Bidan Kampung:
  • Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara asli dan organik yang bergred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat dan diproses pada suhu tekanan rendah.
  • Warisan ilmu perbidanan Melayu Islam sejak turun-temurun dan kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini.
  • Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.
  • Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin.
  • Pertama Seumpamanya di Malaysia.
  • Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran.
  • Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara.

Warnanya putih jernih, tidak mempunyai bau dan rasa minyak kelapa yang keterlaluan yang boleh memualkan ibu hamil. Maka minyak selusuh ini sangat mudah untuk diminum tanpa ragu-ragu. Buat yang tertanya-tanya, kenapa produk ini menggunakan minyak kelapa dara yang 100% organik, ini adalah kerana khasiatnya yang telah terbukti secara saintifik mampu:
  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Mengawal kencing manis dan sebagai antioksidan semulajadi
  • Tidak meningkatkan paras platlet dalam darah
  • Meningkatkan kadar metabolisma dan pemangkin kalenjar thyroid
  • Membekalkan sumber tenaga yang pantas
  • Mengurangkan kesan kedutan kulit dan melindungi dari kesan ultra violet matahari
  • Mengurangkan kelemumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut
  • Mencegah serangan penyakit kerana mempunyai agen antivirus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

Cara penggunaannya, selepas usia kandungan 8 1/2 bulan, lakukan perkara-perkara berikut:
  •     Digalakkan memohon ampun dan maaf daripada suami
  •     Beristighfar 3 kali
  •     Selawat ke atas Nabi SAW 3 kali
  •     Baca Al-Fatihah dengan Basmalah
  •     Minum 30ml minyak selusuh ini

Dapatkan Minyak Selusuh Bidan Kampun dari Beyond Mama sekarang hanya pada harga RM45.


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Sunday, October 14, 2012

CarotoMax



CarotoMax merupakan suplemen antioksidan yang hebat keluaran Shaklee. Ia terdiri daripada 6 karotenoid terbaik, iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin. Apa itu karotenoid? Karotenoid adalah kumpulan makanan yang mempunyai pigmen warna kuning, oren dan merah yang kaya dengan vitamin A. CarotoMax telah terbukti lebih selamat dari vitamin A. Pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti (keracunan). Walaubagaimanapun ahli saintis telah menemui beta karotena pada tahun 1932. Ia merupakan prekursor vitamin A dan didapati selamat untuk pengambilan.

CarotoMax keluaran Shaklee mengandungi tambahan Astaxanthin yang dikenali sebagai Raja Karotenoid. CarotoMax keluaran Shaklee diekstrak daripada buah dan sayur yang kaya dengan sifat antioksidan seperti berikut:



Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan buah dan sayur untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena dalam darah untuk memelihara kesihatan penglihatan, kulit dan mencegah kanser. Maka cara paling mudah ialah melalui pengambilan CarotoMax.  Tahukah anda bahawa 1 hidangan CarotoMax adalah bersamaan denga 89 raspberries, 102 pisang, 714 aprikot, 113g salmon dan 285 anggur?



Apa yang dapat anda perolehi daripada pengambilan CarotoMax yang berterusan?

  • Mempertingkatkan daya penglihatan dan membantu mengurangkan masalah berkaitan mata seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, astigmatisma, presbyopic, mata lesu, glaucoma, katarak, floaters, eyebag dan lingakaran hitam pada mata.
  • Untuk kecantikan kulit - mampu melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan acne. Penggunaan luaran pula boleh digunakan untuk merawat scabies, acne, ulser kulit, pustule, etc.
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mencegah kanser - penggunaan yang berterusan mampu menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara.
  • Menghalang infeksi - ia merangsang enzim membunuh kuman yang membawa penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, dan selsema.
  • Melindungi epithelial - ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan saluran usus. 
  • Menggalakkan pertumbuhan yang normal dan sihat - menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gusi, gigi dan sistem reproduksi. Ia juga membantu penghasilan sperma yang sihat. 

Dapatkan CarotoMax dari Beyond Mama sekarang demi kesihatan anda. 




Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Thursday, October 11, 2012

Kehebatan Collagen Powder Shaklee

Di sini saya ingin kongsikan beberapa persoalan yang selalu ditanya kepada saya mengenai Collagen Powder keluaran Shaklee:

  1. Kenapa kolagen nie mahal sket yer?
  2. Apa beza kolagen nie dengan kolagen XXX yang saya beli dari farmasi?
  3. Brand XXX nie pun ade promote kolagen, apa kelebihan kolagen Shaklee?

Ok, sekarang sila baca beberapa fakta di bawah kerana jawapannya akan ada terselit di sebaliknya. Basically, produk-produk collagen yang ada di pasaran sekarang dihasilkan dari 3 sumber kolagen yang berbeza, iaitu plant collagen, animal collagen dan marine collagen:


Plant Collagen



Sumber dari plant collagen termasuklah buah-buahan atau sayur-sayuran. Kolagen jenis ini agak banyak dijual di pasaran. Kelebihannya adalah pada rasanya yang manis dan sedap dan juga harganya yang paling murah berbanding dengan kolagen dari sumber yang lain. Walaubagaimanapun, kolagen dari sumber ini mempunyai kadar serapan yang paling rendah. Ini membuatkannya kurang efektif berbanding sumber kolagen yang lain.


Animal Collagen



Sumber collagen dari haiwan yang selalu digunakan adalah dari kulit lembu dan kulit babi. Banyak digunakan untuk collagen injection kerana ia hampir menyamai struktur tisu kulit manusia, maka ia senang diserap oleh kulit. Kelebihannya terhad untuk kecantikan kulit sahaja, ia tidak membantu untuk proses pembaikpulih struktur organ badan yang lain.


Marine Collagen


Sumber kolagen terbaik setakat ini, yang boleh diperolehi dari hidupan laut seperti alga dan pelbagai jenis ikan. Tahukah anda dalam tahun 1996, ade seorang professor dari Perancis telah membuat kajian, ikan yang mampu hidup di laut sedalam 2000 meter adalah sangat kaya dengan kolagen? Pada kedalaman 2000 meter, kereta boleh jadi kemek yer, tapi ikan ini masih utuh dengan keadaan kulit/sisik yang licin, tegang dan tahan lasak. 

Dan Collagen Powder Shaklee pula diekstrak dari sisik ikan merah yang hidup di laut sedalam 5000 meter! Jadi jangan persoalkan kenapa kolagen dari fruit base jauh lebih murah dari marine base. Anda boleh nilai sendiri effort yang diperlukan antara memetik buah di ladang dengan menangkap ikan di laut dalam.

Kebaikan utama marine collagen adalah ia mempunyai jisim molekul yang sangat rendah jadi kadar penyerapannya adalah sangat hebat. Dan kadar penyerapannya tidak terhad kepada kulit sahaja, malah organ-organ badan yang lain. Dan jangan lupa, Shaklee ada menambah 7 lagi ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen itu, iaitu kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, lactobacillus acidophilus, vitamin C, B2, B6, ekstrak pfaffia dan ekstrak biji camellia japonica.


Ingin tahu apa yang Shaklee Collagen Powder mampu tawarkan kepada anda? Sila rujuk kembali entry Collagen Powder ini. Sharing, bermula dari umur 25 tahun ke atas, tahap amino acid dalam tubuh kita akan mula menurun. Amino acid bertanggungjawab ke atas pembentukan kolagen. Dan pada umur 40 ke atas, badan kita akan terus berhenti menghasilkan kolagen, maka terbentuklah signs of ageing pada tubuh kita. 



Seperti biasa, hubungi Beyond Mama hari ini untuk mendapatkan Collagen Powder yang hebat ini. Kami boleh menyediakan produk mengikut keperluan bajet anda.



Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Monday, October 8, 2012

Vita-C Plus - Vitamin C Shaklee yang Hebat!

Vitamin C keluaran Shaklee telah di-acknowledge sebagai salah satu vitamin C yang terhebat di dunia kerana formulasi sustained released, tambahan Bioflavonoids di dalamnya dan yang paling penting kerana ciri-ciri semulajadinya (bukan vitamin sintetik!)


Kini vitamin C keluaran Shaklee telah mempunyai wajah, nama dan formula baru yang lebih hebat. Nama barunya sekarang ialah Sustained Released Vita-C PLUS. Baru beberapa minggu dilancarkan, satu Malaysia telah kehabisan stok!

Kehebatan vitamin C Shaklee juga turut disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan vitamin C Shaklee untuk re-branding dan dijual pada harga yang lebih tinggi. Anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan dapatkan Vita-C Plus hanya dari pengedar Shaklee yang sah!

Sila refer entry Sustained Released Vita-C semula untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan vitamin C keluaran Shaklee!