Saturday, September 29, 2012

Set Vitamin untuk Kecantikan Kulit



Adakah anda telah penat mencuba pelbagai jenis skincare products untuk mendapatkan kulit wajah idaman? Mungkin anda perlu cuba untuk "merawat" masalah kulit anda dari dalam terlebih dahulu. Shaklee turut menawarkan rangkaian vitamin untuk kecantikan kulit. Set ini terdiri daripada Family Wellness Set (Vita-Lea + Vita-C + B-Complex + ESP) + Vita-E + GLA Complex + CarotoMax. Ini merupakan full package yang paling optimum, namun anda boleh mix and match mengikut keperluan dan budget anda. Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda.

Vita-C merupakan vitamin wajib untuk kecantikan kulit kerana ia membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawab mengekalkan kelembapan dan kegebuan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran, UV dan diet yang tidak sihat. Selain itu Vita-C membantu memudarkan kesan parut, mengurangkan kesan sunburn, mencerahkan kulit dan menghalang pigmentasi kulit.

B-Complex juga vitamin wajib untuk kecantikan kulit. Setiap jenis vitamin B dalam B-Complex mempunyai peranan tersendiri dalam kecantikan kulit. Perlu diingat, B-Complex merupakan vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat. B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Vita-Lea pula mengandungi rangkaian vitamin yang lengkap. Tahukah anda kunci utama untuk kulit sihat adalah diet yang seimbang yang memenuhi semua keperluan vitamin untuk badan. Namun kaedah pemprosesan makanan, pencemaran, diet yang tidak seimbang, etc. menghalang kita untuk mendapat keperluan tersebut. Antara vitamin yang penting untuk kulit adalah vitamin A, D, K dan zinc. Semua ini dapat anda perolehi daripada Vita-Lea.

Vita-E Complex pula terkenal sebagai anti-aging vitamin. Ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada wajah, meningkatkan kelembapan dan kegebuan wajah dan mampu mencegah penyakit kulit kerana ia merupakan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit.

GLA Complex pula membantu memperbetulkan sistem hormon wanita. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan masalah pada kulit. Ia juga mampu mencegah masalah eczema.

CarotoMax adalah supplement antioksida istimewa keluaran Shaklee. Ia dapat menggalakan kesihatan kulit dan meredakan penyakit kulit termasuk ulser kulit, scabies dan acne. Ia juga menjaga kecantikan mata yang merupakan antara tarikan penting selain kulit wajah. Mata yang sihat bersinar, tiada eyebag dan kesan hitam di bawah mata akan melengkapkan kecantikan wajah anda.

And as usual, ESP - protein drink yang hebat untuk membaikpulih sel-sel kulit. Tisu kulit yang rosak boleh menyebabkan kesan parut dan pigmentasi. ESP membantu menggantikan tisu yang rosak itu dengan yang baru.

Seperti biasa, jika anda berminat untuk mencuba atau untuk mendapatkan khidmat nasihat dan jadual pengambilan vitamin, hubungi Beyond Mama sekarang. Kami boleh membantu anda mencuba mengikut budget anda.


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Sunday, September 16, 2012

Testimonial: Set Vitamin Mengandung

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum saya melahirkan anak ke-2. Rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kongsikan testimonial diri sendiri sepanjang mengamalkan set vitamin Shaklee untuk 2nd pregnancy nie.




Saya menggunakan kesemua vitamin di atas ketika usia kandungan mencecah 4 bulan. Sebelum itu saya masih menggunakan multivitamin, fish oil dan acid folic yang dibekalkan oleh pihak klinik. Saya jugak turut mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink untuk mengurangkan kesan loya mengandung. Buat pengetahuan anda, anak ke-2 saya adalah lelaki, anak sulung yang pertama juga lelaki, namun pengalaman mengandung untuk kedua-dua anak ini adalah berbeza. Antara perbezaan terbesar penggunaan set vitamin mengandung Shaklee adalah:

1st, TIADA KESAN STRETCH MARK PADA PERUT. Sewaktu mengandungkan anak pertama, perut saya umpama lukisan bercorak akar kayu, kesan stretch mark berlingkar2 pada perut. Even semasa 4 bulan pertama mengandungkan anak ke-2, kesan stretch mark sudah mula timbul namun hasil pengambilan set vitamin Shaklee, kesan stretch mark itu telah hilang dan perut saya kekal licin sehingga kini tanpa perlu menyapu minyak atau lotion stretch mark. Terima kasih kepada Vita-C dan ESP yang membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark.

2nd, PARUT HITAM PADA TUBUH MAKIN PUDAR. Kata orang tua, bila mengandungkan anak lelaki akan banyak kesan hitam pada tubuh. Kedua-dua kandungan saya memang begitu, tapi alhamdulillah, setelah pengambilan set vitamin Shaklee, kesan hitam pada leher saya hilang terus. Kesan hitam pada celah paha dan ketiak juga turut pudar. Thanks to Vita-C and ESP again.

3rd, KAKI TIDAK CRAMP / TIADA SIMPUL BIAWAK. Ini merupakan masalah terbesar saya ketika kandungan pertama dulu. Masalah cramp pada betis (simpul biawak, tarik mengkarung, etc.) berlaku beberapa kali dalam seminggu terutamanya pada tengah malam ketika sedang nyenyak tidur. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya bila terkena serangan simpul biawak. Untuk 2nd pregnancy, sekali pun saya tidak pernah mengalami kesakitan itu. Thanks to OsteMatrix yang membekalkan calcium dan magnesium yang secukupnye untuk mengelakkan masalah cramp kaki semasa mengandung.

4th, TIADA WATER RETENTION PADA KAKI. Semasa kandungan pertama, ibu saya sampai menangis melihatkan keadaan kaki saya yang terlalu kembang akibat water retention. Water retention pada kaki adalah sangat mengganggu kehidupan harian kerana kaki mudah jadi penat dan sakit ketika berjalan. Thanks to B-Complex yang membekalkan B6 yang cukup untuk mencegah water retention. Kesannya akan lebih optimum jika digabungkan bersama pengambilan OsteMatrix dan VitaLea.

5th, TIADA MASALAH ANEMIA. Di awal kandungan anak pertama, saya mengalami masalah anemia. Hampir satu ofis menegur kulit saya sangat pucat sampai ke tapak kaki seolah-olah tiada aliran darah langsung. Saya terpaksa mengambil ubat tambahan dari klinik untuk mencegah anemia. Untuk kandungan kedua, saya langsung tidak diserang anemia ketika mengandung. Thanks to Vita-Lea yang membekalkan tambahan iron di dalam vitaminnya yang mampu mencegah anemia.

6th, KENAIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL. Jumlah kenaikan berat badan saya pada kandungan pertama ialah 18kg. Untuk kandungan kedua ini, jumlah kenaikan masih belum mencecah 10kg. Thanks to B-Complex yang menukarkan makanan yang saya makan kepada tenaga dan mengelakkan masalah water retention. Thanks to OsteMatrix juga yang membantu penghadaman yang sempurna sepanjang kehamilan anak kedua ini.


Itulah 6 perubahan utama berbanding dengan kehamilan sebelum ini yang tidak menggunakan vitamin Shaklee. Untuk melihat apa yang terkandung dalam set ini beserta detailsnya, boleh refer entry Vitamin Ibu Mengandung ini semula. Anda ingin mencuba? Hubungi Beyond Mama sekarang untuk khidmat nasihat percuma.


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Saturday, September 15, 2012

Herbal Blend Multi-Purpose Cream



Seperti Basic-H, Herbal Blend Multi-Purpose Cream adalah produk yang perlu setiap ibu simpan di rumah. Ia merupakan soothing cream yang bersifat sejuk (cooling dan mentholated), tidak berminyak, dan dibuat daripada campuran 17 herba natural. Antara 101 kegunaannya adalah seperti berikut:

  • Melembutkan kulit kasar pada lutut, siku, tapak kaki, etc
  • Mengurang dan melegakan masalah kulit seperti gatal, eczema, psoriasis, menggelupas, sunburnt dan melecet
  • Melegakan kesan gigitan serangga
  • Menyamankan otot yang letih dan tegan. Baik untuk yang menghidap arthritis
  • Melegakan sakit kepala
  • Melegakan kegatalan pada vagina
  • Melegakan nappy rash pada bayi
  • Merawat luka ringan
  • Mengecutkan jerawat dan mengurangkan acne dan blackhead
  • Melembutkan bibir yang kering dan menggelupas
  • Mengurangkan kelemumur dan menghapuskan kutu kepala (diguna bersama Basic-H)
  • Melegakan chicken pox
  • Sebagai foot deodorant
  • Sebagai shaving cream yang menyejuk dan menyamankan

Harganya juga amat berpatutan. Dapatkan Herbal Blend Multi-Purpose Cream dari Beyond Mama sekarang untuk merawat masalah kulit anda dan seisi ahli keluarga anda termasuk bayi yang baru lahir.


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com


Sunday, September 9, 2012

Basic-H Pencuci Organic Ajaib


Ibu yang hebat memerlukan produk yang hebat untuk menguruskan rumahtangga. Basic-H adalah produk yang perlu dimiliki oleh setiap ibu dan isteri. Basic-H sebenarnya merupakan cecair pencuci organic, namun kelebihannya lebih daripada hanya sekadar pencuci. Ada 1000 kegunaan Basic-H yang boleh anda cuba, tapi kami cuba untuk menyenaraikan top 20 yang terbaik:




Firstly this is our favourite usage of Basic-H, sebagai air rendaman atau bilasan sayur-sayuran atau buah-buahan. Lihatlah betapa ajaibnya Basic-H, ia mampu menyegarkan sayuran yang layu. Saya juga amalkan merendam daging, ayam, udang, etc ke dalam air yang dicampur dengan Basic-H sebelum memasak. Rendaman Basic-H mampu mengeluarkan ulat-ulat yang tersembunyi dan memberikan kesegaran kepada sayur, buah dan daging. 


Percayakah anda Basic-H mampu menyerap haba 3 kali lebih baik dari air biasa? Ramai ibu-ibu menggunakan Basic-H sebagai air mandian untuk bayi yang sedang mengalami demam panas untuk tujuan menurunkan suhu badan. Begitu juga saya. Masalah anak saya, setiap kali demam, suhunya pasti mencecah 40 degree ke atas. Saya gunakan air Basic-H untuk dituamkan ke badannya dan dicampurkan ke dalam tab mandi juga.


Sebagai ibu, pernahkah anda mengalami situasi terlupa mencuci botol susu dengan segera dan susu di dalam botol itu telahpun basi dan berbau busuk, especially jika susu itu telah terbiar selama beberapa hari. Biarpun telah direbus di dalam air panas, bau susu basi itu masih lagi lekat pada botol. Basic-H mampu menghilangkan bau susu basi yang lekat pada botol dan dapat membersihkan botol susu bayi sehingga licin berkilat. And jangan lupa, Basic-H adalah organic, maka selamat digunakan untuk cucian botol susu. Apa yang saya amalkan, setiap kali botol habis digunakan, saya akan bilas dan isi botol itu dengan air paip sehingga penuh dan campurkan beberapa titis Basic-H ke dalamya. Saya akan biarkannya selama beberapa jam (sebab masih ada botol spare) sebelum mencucinya. Hasilnya memang teramat memuaskan hati. 

Itulah 3 kegunaan utama Basic-H di rumah kami. Tapi kegunaannya lebih dari itu, seperti yang saya katakan tadi, ada 1000 kegunaan Basic-H yang boleh anda cuba. Disebabkan tidak mampu untuk menyenaraikan kesemuanya, berikut adalah beberapa contoh lain penggunaan Basic-H:

Untuk Kegunaan Peribadi:
  1. Cucian tangan. Rendamkan kuku kotor anda (contoh selepas berkebun) di dalam semangkuk air yang dicampur Basic-H dan ia mampu menarik keluar kekotoran yang ada di celah kuku.
  2. Sebagai mandian untuk melegakan masalah kulit seperti gatal dan kemerahan. Ada testimoni customer kami mengatakan kegatalan di bahagian alat sulit lega dengan cepat bila dibilas bersama air campuran Basic-H (tapi untuk cucian luaran sahaja yer)
  3. Sesuai untuk bayi yang mengalami nappy rash atau eczema.
  4. Sebagai pengganti Dettol untuk mencuci kesan luka dan melecur. Boleh digunakan untuk mencuci kawasan kulit yang berjerawat juga.
  5. Sebagai syampu untuk mengurangkan kelemumur dan melegakan kulit kepala yang gatal. Ada customer yang menggunakan Basic-H untuk merawat masalah kutu pada kepala anak. 
  6. Untuk tujuan shaving
  7. Untuk berkebun. Siram pada tanaman anda untuk menyegarkannya.
  8. Sebagai insect repellant.
  9. Mencuci contact-lens
Untuk Kegunaan Rumah:
  1. Cucian pinggan mangkuk, lantai, toilet, tingkap, akuarium dan segala benda yang anda teringin untuk cuci. Tidak perlu dibilas. Kelengkapan rumah anda akan bersih bersinar dan tidak akan dihampiri oleh serangga.
  2. Cucian pakaian. Boleh menghilangkan kesan gris, lipstick, kopi, dakwat, etc.
  3. Rendaman sayur, buah dan daging untuk membuang bau, ulat dan untuk menambah kesegaran
  4. Boleh menanggalkan getah (gum) yang melekat pada kulit and pakaian dengan mudah dan cepat
  5. Mencegah sinki tersumbat dengan penggunaan yang berterusan. Basic-H dapat memecahkan kesan gris yang menyebabkan sinki tersumbat.
  6. Untuk cucian lampin (cloth diapers) dan pakaian bayi. Detergent biasa boleh menyebabkan alahan kulit pada bayi yang sensitif.
  7. Sebagai humidifier
  8. Membersihkan enjin kereta, terminal bateri dan radiator
See, betapa banyaknya kebaikan menyimpan Basic-H di rumah anda. Basic-H adalah phosphate-free, 100% organic, biodegradable, non-toxic, odor free, non detergent/soap, pH yang seimbang, dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan.

Ia juga menjimatkan. 16 oz Basic-H boleh menghasilkan 48 gelen campuran. Hanya beberapa titis diperlukan bagi setiap campuran. Tunggu apa lagi, dapatkan Basic-H anda dari Beyond Mama sekarang!


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Saturday, September 8, 2012

OmegaGuard



OmegaGuard adalah pharmaceutical grades fish-oil supplement keluaran Shaklee. Almost everytime bila saya promote OmegaGuard pada customer, mereka akan bertanya "Fish oil supplement banyak jual kat farmasi kan? Yang bawah RM30 pun ada. Apa beza dengan yang Shaklee punya?" 

Yes memang betul, bukan setakat fish oil sahaja, vitamin lain pun seperti vitamin C, B, multimivatin, etc. banyak dijual di kaunter farmasi. Terpulang pada anda untuk memilih, tapi di hujung entry ini nanti akan saya explain kelebihan OmegaGuard berbanding fish oil supplements lain yang berada di pasaran. Sebelum itu, mari kita fahami apa faedah yang dapat kita perolehi dengan pengambilan OmegaGuard: 


1. Meningkatkan Fungsi Otak Bayi Dalam Kandungan 

Maka, ibu yang sedang mengandung amat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan OmegaGuard. Anda perlu berhati-hati dalam pemilihan fish oil kerana sebahagiannya adalah dari sumber liver of the fish, which is tak sesuai untuk wanita hamil kerana ia mengandungi retinol dan vitamin A yang boleh mengakibatkan keguguran. Maka amat penting untuk memilih fish oil supplement yang terbaik. OmegaGuard mengandungi DHA dan EPA yang mencukupi untuk membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin. 

2. Meningkatkan Kesuburan 

Buat mereka yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak (trying to conceive), OmegaGuard adalah supplement yang perlu dalam rutin harian anda. Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita. 

Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 - Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita. 

3. Meningkatkan Fungsi Hati dan Mencegah Kanser, Stroke dan Sakit Jantung 

OmegaGuard membantu memelihara fungsi hati, mencegah kanser hati dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kajian menunjukkan wanita yang mengambil Omega-3 supplement setiap hari dapat mengurangkan risiko mengalami barah payudara sebanyak 50%. Ia juga membantu mencegah risiko kanser prostat untuk golongan lelaki, kanser paru-paru dan juga kanser usus. Buat warga emas, OmegaGuard membantu mencegah dan mengurangkan risiko penyakit stroke dan sakit jantung. 

4. Meningkatkan Fungsi Otak 

Kandungan DHA dalam OmegaGuard membantu menguatkan memori, meningkatkan daya tumpuan, mencegah migrain dan penyakit Alzheimer, mencegah imsonia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kembimbangan, neurasthenia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia. 

5. Mengawal Kolestrol 

OmegaGuard membantu menurunkan paras kolestrol jahat (LDL), meningkatkan paras kolestrol baik (HDL) dan mampu mencegah pengumpulan triglycerides.OmegaGuard juga mampu mencegah tekanan darah tinggi dan membantu menyokong weight loss.

6. Memelihara Fungsi Sendi 

Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, rheumatism, gout dan memelihara fungsi sendi dengan efektif.

7. Memelihara Kecantikan 

OmegaGuard membantu merawat masalah kulit seperti eczema, psoriasis,kegatalan, kemerahan, skin lesions dan alahan kulit (rashes). EPA dalam OmegaGuard jugak membantu menghalang pembentukan androgen yang menjadi punca pembentukan jerawat dan cela pada wajah. Ia juga membantu melembabkan wajah dan menguatkan akar rambut supaya rambut menjadi lebih sihat bersinar dan tidak mudah gugur.

8.   Membina Imunisasi, Saluran Pernafasan dan Anti Inflamasi

OmegaGuard mempunyai unsur anti inflamasi dan mampu mengurangkan kesan luka pada otot dan tisu badan, seperti ulcer perut. Ia juga mampu melindungi dari Diabetes Type 2 yang disebabkan oleh inflamasi dalam sel lemak yang menghalang penghasilan insulin. Ia juga mengawal sistem imun untuk mencegah demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.


Banyak kebaikan yang boleh anda perolehi melalui amalan pengambilan OmegaGuard, jadi jangan ragu-ragu lagi. Kualiti fish oil supplement banyak bergantung pada jenis ikan yang digunakan dan proses untuk mendapatkan minyak ikan itu untuk dijadikan supplement. OmegaGuard diekstrak dari ikan laut air sejuk, bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan (remember, fish oil dari hati minyak ikan tidak sesuai untuk wanita mengandung).

Ekstrak dari ikan air laut sejuk juga mengandungi kadar EPA dan HDA yang tinggi yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Proses penyediaan fish oil supplement yang terbaik adalah melalui kaedah molecular distillation, di mana proses itu dapat menyingkirkan toksin dan unsur bahaya dari ikan seperti lead, mercury, arsenic, cadmium dan banyak lagi. Keistimewaan OmegaGuard, ia telah melalui sekurang-kurangnya 3 peringkat molecular distillation, oleh sebab itu OmegaGuard dipanggil sebagai ultra pure fish oil supplement. Ia juga tidak mengandungi pewarna, perasa dan pengawet tiruan.

Jadi, buatlah pilihan terbaik. Dapatkan OmegaGuard dari Beyond Mama sekarang.


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Friday, September 7, 2012

Collagen Powder



Anda inginkan kulit wajah dan tubuh yang cantik dan sihat sempurna? Anda boleh dapat lebih daripada itu dengan Shaklee Collagen Powder. Apa itu kolagen? Kolagen merupakan tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit kita adalah kolagen dan 80% daripada tulang kita adalah kolagen. Kolagen turut melindungi organ, kornea, perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan banyak lagi.

Betapa pentingnya kolagen dalam tubuh kita. Ia banyak membantu membina kecantikan dan kesihatan. Ia dapat mengekalkan badan yang muda, anti penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan. Kekurangan kolagen dalam tubuh boleh mengakibatkan:

  • Proses penuaan terjadi dengan cepat dan kulit hilang keanjalan
  • Garis kesan ketawa dan kedutan wajah lebih cepat terbentuk
  • Lingkaran hitam dan bengkak bawah mata
  • Penglihatan yang kabur
  • Rambut kering dan bercabang
  • Masalah kulit seperti liang roma yang besar, pigmentasi, jeragat dan kulit yang kekuningan
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
  • Payudara dan punggung yang melendut dan tidak kenyal
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
  • Sakit belakang dan sendi
  • etc.


Anda boleh mencuba Serbuk Kolagen Shaklee untuk mencegah masalah kehilangan/kekurangan kolagen dalam badan. Keistimewaan serbuk kolagen ini ialah ia dihasilkan dari sisik ikan merah yang mana ia merupakan sumber kolagen yang sangat lasak. Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5,000 meter, di mana ia adalah sukar bagi ikan biasa untuk hidup di bawah keadaan laut yang bertekanan tinggi sebegitu. Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun. Selain itu, Shaklee turut menambahkan 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan ada dari dalaman ke luaran. Maka, ia sebenarnya LEBIH DARIPADA HANYA KOLAGEN! Berikut merupakan kesan yang boleh anda perolehi dengan pengambilan serbuk kolagen Shaklee:

  • Mengurangkan kedutan dan liang roma terbuka
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Melembab dan mengurangkan kekeringan kulit
  • Menyuburkan kuku dan rambut yang lebat dan bersinar
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Mencerahkan pigmentasi dan jeragat
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit


Ujian klinikal menunjukkan pengguna akan mengalami perubahan berikut setelah menggunakan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu berturut-turut. Namun, banyak pelanggan mengatakan kesannya sudah mula dilihat pada minggu ke-2 lagi:

  • Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  • Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

Saya sebagai freelance makeup artist juga turut mengesyorkan pengambilan serbuk kolagen ini buat client-client saya yang bakal mendirikan rumahtangga. Apa tunggu lagi, hubungi kami sekarang untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder. Trial pack ada disediakan untuk percubaan.

Entry lain berkenaan Collagen Powder:



Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

Tuesday, September 4, 2012

Resepi ESP


Sila rujuk kembali ENTRY INI untuk mengetahui khasiat-khasiat yang boleh anda perolehi dengan pengambilan ESP dalam diet harian anda. ESP boleh diambil begitu sahaja bersama air kosong/sejuk/suam (dijadikan shake). Alternatively, untuk lebih kenikmatan, anda boleh campurkan ESP bersama minuman lain. ESP mempunyai rasa natural vanilla di mana ia mampu meng-enhancekan-kan rasa minuman lain apabila dicampurkan bersama (lebih creamy dan  tastier). Di bawah merupakan contoh kombinasi yang boleh anda cuba. Cuma 1 sudu untuk setiap campuran (up to 3 sudu sehari):

Boleh dicampurkan bersama yougurt drink. Cuma perlu masukkan sesudu ke dalam yougurt drink dan shake kan sehingga smooth. ESP akan lebih senang larut jika di-shake berbanding dikacau dengan sudu.


Dicampurkan bersama Milo segera/3-in-1. Anda disyorkan menggunakan Milo Fuze yang mudah larut dalam air sejuk. Kerana ESP sesuai diminum bersama minuman sejuk atau suam. Air panas boleh membunuh live enzyme dalam ESP dan mengurangkan khasiatnya.

Dicampurkan bersama susu, samada plain atau flavoured milk (chocolate, strawberry, etc.) - my favourite so far! Anda disyorkan untuk menggunakan low-fat milk seperti HL Marigold.
Alternatively, untuk kombinasi yang lebih berkhasiat, anda disyorkan untuk mencampurkan ESP bersama Shaklee Meal Shakes yang mempunyai rasa vanilla yang sangat lazat. Selain rasa vanillanya yang manis dan lazat, ia mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Sangat sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang tiada selera makan.



ESP juga boleh dicampurkan ke dalam minuman jus buah-buahan untuk dijadikan fruit smoothies. Campurkan sedikit Meal Shake untuk rasa yang lebih enak dan manis.

Untuk tenaga segera, ESP boleh dicampurkan bersama Shaklee Performance Drink. Performance Drink mempunyai rasa natural orange yang sedikit masam. Apabila dicampurkan bersama ESP, kombinasi ini akan memberikan rasa masam manis yang berkrim.

Banyak lagi resepi yang boleh anda cuba gabungkan bersama ESP. Senarai di atas merupakan sebahagian daripada idea yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan minuman harian yang sihat.  Selamat mencuba =) Dapatkan ESP anda dari Beyond Mama sekarang!




Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com