Monday, August 13, 2012

Set Vitamin untuk Milk Booster


Lihatlah betapa hebatnya anugerah susu ibu. Semahal mana pun jenama susu formula masih tidak mampu menandingi khasiat susu ibu. Sebab itu para ibu kini berlumba-lumba untuk menyusukan anak kerana sedar susu ibu adalah yang paling terbaik buat anak.  Namun, tidak semua ibu dapat menyusu anak semudah yang dijangka. Ramai yang mempunyai masalah low milk production. Buat ibu yang tercari-cari supplement untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu (milk booster) anda boleh mencuba set breastfeeding dari Shaklee.



Set di atas merupakan set optimum yang dicadangkan sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan. Ramai yang telah berjaya meningkatkan pengeluaran susu dari 0.5 oz ke 5 oz hanya dalam masa 10 minit! Mari kita lihat bagaimana supplements tersebut mampu membantu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.

ESP adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Apa yang perlu anda tahu, badan anda memerlukan 3 elemen penting untuk menghasilkan susu badan iaitu lemak, air dan protein. Jadi, ESP perlu ada dalam menu harian anda. Keperluan protein buat ibu menyusu ialah sebanyak 1.1 grams bagi setial 1 kg berat badan bagi memastikan penghasilan susu badan tidak terjejas. Protein yang disalurkan kepada bayi melalui susu ibu akan turut membantu tumbesaran bayi.

Alfalfa - herba tyang terkenal dengan kemampuan meningkatkan penghasilan susu ibu (milk booster). Alfalfa tablet boleh dimakan begitu sahaja atau dipecahkan menjadi serbuk untuk dijadikan minuman herba.

Vita-Lea membantu melengkapkan kelengkapan vitamin dan mineral dalam tubuh ibu menyusu. Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu proses penghasilan susu ibu dengan lancar. Vita-Lea juga mengandungi tambahan formula zat besi untuk mengekalkan penghasilan susu ibu. Tahukah anda kekurangan zat besi atau maternal anemia boleh menyebabkan penurunan susu badan? Jadi amat penting untuk memastikan kandungan zat besi dan nutrisi lain dalam badan adalah mencukupi.

B-Complex  membantu mengawal tekanan dan keletihan. Ini adalah kerana tekanan merupakan salah satu punca utama kegagalan dalam proses penyusuan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon, kepenatan bekerja dan menjaga anak serta rumahtangga dan sebagainya. B-Complex dapat membantu menstabilkan hormon, mengurangkan tekanan dan memberikan tenaga supaya proses penyusuan anda tidak terjejas. Pengambilan vitamin B12 yang terdapat dalam B-Complex oleh ibu menyusu juga dikatakan mampu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Vita-C adalah vitamin larut air, sama seperti B-Complex, di mana kombinasi antara 2 vitamin ini  mampu meningkatkan penghasilan susu ibu pada kadar yang tertentu. Selain itu, ciri-ciri antioksidan yang terdapat dalam Vita-C akan meningkatkan sistem imunisasi ibu, dan pada masa yang sama akan disalurkan kepada bayi yang menyusu melalui susu ibu. Jadi, bayi akan sukar jatuh sakit.

OsteMatrix amat diperlukan dalam diet harian ibu yang menyusukan bayi. Keperluan kalsium untuk ibu menyusu adalah sebanyak 1000 mg sehari untuk memastikan proses penyusuan berjalan lancar. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan  masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita. Keistimewaan OsteMatrix ialah ia diformulasikan dengan magnesium yang memastikan kadar serapannya adalah 99%. Ramai ibu yang menyusu memberi testimoni, kombinasi OsteMatrix dan Alfalfa Complex telah banyak membantu meningkatkan kadar kuantiti susu ibu.

OmegaGuard adalah suplemen yang penting untuk kualiti susu ibu. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan saraf otak bayi. Ini telah terbukti secara saintifik bahawa Omega-3 yang ada dalam otak membolehkan neuron berkomunikasi dengan lebih baik. Kekurangannya boleh menyebabkan fungsi otak yang lemah dan masalah seperti ADHD atau autisme.


Perlu diingatkan, set ini hanyalah sebagai "alat bantuan" tambahan dalam usaha anda untuk meningkatkan penghasilan susu. Pastikan anda mengamalkan rutin wajib seperti menambahkan kekerapan pam atau direct feeding, dan juga pengambilan air dan kalori yang mencukupi. Sebagai tambahan, anda juga digalakkan mengamalkan pengambilan Performance Drink untuk memperlahankan proses kehilangan air dari badan anda. Ini kerana, elemen terpenting untuk penghasilan susu badan ialah air yang mencukupi.

Anda berminat untuk mencuba set vitamin untuk ibu mengandung Shaklee? Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.  Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment