Saturday, August 11, 2012

Set Vitamin untuk Berpantang




Tahukah anda lebih dari 90% vitamin yang dijual di pasaran adalah dari jenis vitamin sintetik? Vitamin sintetik dihasilkan di dalam makmal menggunakan bahan-bahan kimia tertentu, bukan dari sumber semulajadi. Vitamin sintetik tidak mempunyak ko-faktor - sebatian kimia yang diperlukan untuk mengaktifkan enzim tertentu dalam badan. Kajian menunjukkan vitamin sintetik adalah 70% kurang aktif secara biologi berbanding vitamin natural. Ia biasanya akan disimpan di dalam tubuh buat sementara waktu sehingga tubuh kita mempunyai nutrisi yang cukup untuk memproses vitamin tersebut, atau vitamin itu akan dikumuhkan begitu sahaja. Lebih memburukkan keadaan, vitamin sintetik tertentu perlu menggunakan simpanan mineral semulajadi badan kita untuk membolehkannya berfungsi. Vitamin sintetik juga mengandungi pengawet, pewarna dan perasa tiruan yang boleh membahayakan kesihatan jika diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang panjang. Set bersalin/berpantang lengkap Shaklee terdiri daripada 8 produk:
 

Zinc Complex membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, samada bersalin secara normal atau pembedahan. Tahukah anda kenapa banyak petua yang menyatakan ikan haruan sangat elok dimakan ketika dalam pantang selepas bersalin? Ini adalah kerana haruan adalah sangat kaya dengan zat besi, zinc, protein dan lain-lain mineral yang membantu penyembuhan luka bersalin. Namun, di zaman moden ini, tidak semua wanita mampu bertahan dengan bau dan rasa ikan haruan, maka set bersalin Shaklee di atas adalah alternatif terbaik untuk ibu yang mahu berpantang secara moden. Zinc Complex juga membantu mengurangkan masalah rambut gugur yang kerap dialami oleh wanita yang baru lepas bersalin.

Vita-C yang diambil bersama Zinc Complex merupakan kombinasi yang baik untuk penyembuhan luka dalaman selepas bersalin dan mencantikkan kesan luka luaran. Ini kerana Vita-C dapat membantu pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu yang rosak selepas bersalin. Vita-C juga dapat meningkatkan imunisasi ibu dalam pantang kerana kebiasaannya wanita akan berasa lemah dan kurang antibodi selepas proses melahirkan anak. Demam ketika dalam pantang akan lebih memburukkan keadaan dan proses berpantang.

B-Complex berfungsi sebagai penenang (anti-stress) untuk mengelakkan kemurungan atau meroyan ketika berpantang. Tekanan yang dialami ketika berpantang boleh mengakibatkan meroyan. B-Complex membantu memelihara fungsi saraf untuk meredakan tekanan di samping memberi tenaga kepada wanita yang sedang berpantang. Pengambilan B-Complex turut memberi faedah kepada bayi melalui susu ibu di mana ia akan membantu perkembangan motor sensor dan perkembangan otak bayi.

Vita-Lea membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian wanita dalam pantang. Ini kerana ketika berpantang, banyak makanan yang perlu dielakkan (pantang tradisi Melayu) yang menyebabkan kita kekurangan nutrisi. Wanita memerlukan banyak tenaga selepas bersalin, jadi kekurangan nutrisi akibat dari diet yang ketat sewaktu berpantang akan membuatkan kita tidak bertenaga. Vita-Lea juga mengandungi formula zat besi yang penting bagi wanita berpantang kerana kita telah kehilangan banyak darah ketika proses melahirkan anak.

GLA Complex membantu mengawal dan mengatur kembali hormon wanita selepas melahirkan anak. Selepas bersalin, wanita sangat mudah mengalami masalah kemurungan atau baby blues atau postnatal depression disebabkan hormon yang masih belum stabil. Wanita yang baru lepas melahirkan anak memerlukan masa untuk menstabilkan hormon. Jangan biarkan masalah hormon ini mengganggu detik anda bersama bayi anda.

OsteMatrix sangat diperlukan wanita dan keperluannya meningkat ketika mengandung sehingga melahir dan menyusukan anak. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita. Keistimewaan OsteMatrix ialah ia juga membantu proses penghadaman. Antara masalah terbesar wanita dalam pantang adalah sembelit (constipation). Ia amat menyakitkan kerana luka bersalin masih belum sembuh. Banyak pengguna OsteMatrix telah memberikan testimoni yang hebat tentang kemampuan OsteMatrix memudahkan proses penghadaman ketika dalam pantang.
 
Alfalfa Complex adalah herba yang berfungsi sebagai pengganti jamu. Ia membantu proses detoksifikasi secara lembut dan bersifat antibiotik untuk mencuci darah dan memelihara saluran air kencing. Darah nifas yang tidak dijaga dengan berhati-hati boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran air kencing. Pengambilan Alfalfa Complex bersama OsteMatrix akan memberi kesan optimum terhadap kelancaran pergerakan usus. Selain itu, Alfalfa Complex sangat terkenal dengan fungsinya sebagai penggalak susu badan.
 
ESP banyak membantu proses berpantang buat ibu yang baru lepas melahirkan anak. Ia membantu meningkat, memekat dan menambahkan kualiti susu ibu. Ia juga dapat menguat dan mengencangkan kembali otot wanita yang lembik dan menggelebeh selepas melahirkan anak. Tisu dan otot yang rosak ketika proses kelahiran juga dapat dibaikpulih kembali di samping memberi tenaga buat ibu-ibu yang sedang berpantang.
 
Pilihlah suplemen terbaik untuk penjagaan kesihatan anda sepanjang berpantang. Nutrisi dan penjagaan yang sempurna sepanjang tempoh berpantang akan memberi impak yang besar terhadap kesihatan dan hubungan anda bersama bayi, suami dan ahli keluarga anda.
 
Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment