Monday, August 13, 2012

Set Vitamin untuk Milk Booster


Lihatlah betapa hebatnya anugerah susu ibu. Semahal mana pun jenama susu formula masih tidak mampu menandingi khasiat susu ibu. Sebab itu para ibu kini berlumba-lumba untuk menyusukan anak kerana sedar susu ibu adalah yang paling terbaik buat anak.  Namun, tidak semua ibu dapat menyusu anak semudah yang dijangka. Ramai yang mempunyai masalah low milk production. Buat ibu yang tercari-cari supplement untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu (milk booster) anda boleh mencuba set breastfeeding dari Shaklee.



Set di atas merupakan set optimum yang dicadangkan sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan. Ramai yang telah berjaya meningkatkan pengeluaran susu dari 0.5 oz ke 5 oz hanya dalam masa 10 minit! Mari kita lihat bagaimana supplements tersebut mampu membantu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.

ESP adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Apa yang perlu anda tahu, badan anda memerlukan 3 elemen penting untuk menghasilkan susu badan iaitu lemak, air dan protein. Jadi, ESP perlu ada dalam menu harian anda. Keperluan protein buat ibu menyusu ialah sebanyak 1.1 grams bagi setial 1 kg berat badan bagi memastikan penghasilan susu badan tidak terjejas. Protein yang disalurkan kepada bayi melalui susu ibu akan turut membantu tumbesaran bayi.

Alfalfa - herba tyang terkenal dengan kemampuan meningkatkan penghasilan susu ibu (milk booster). Alfalfa tablet boleh dimakan begitu sahaja atau dipecahkan menjadi serbuk untuk dijadikan minuman herba.

Vita-Lea membantu melengkapkan kelengkapan vitamin dan mineral dalam tubuh ibu menyusu. Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu proses penghasilan susu ibu dengan lancar. Vita-Lea juga mengandungi tambahan formula zat besi untuk mengekalkan penghasilan susu ibu. Tahukah anda kekurangan zat besi atau maternal anemia boleh menyebabkan penurunan susu badan? Jadi amat penting untuk memastikan kandungan zat besi dan nutrisi lain dalam badan adalah mencukupi.

B-Complex  membantu mengawal tekanan dan keletihan. Ini adalah kerana tekanan merupakan salah satu punca utama kegagalan dalam proses penyusuan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon, kepenatan bekerja dan menjaga anak serta rumahtangga dan sebagainya. B-Complex dapat membantu menstabilkan hormon, mengurangkan tekanan dan memberikan tenaga supaya proses penyusuan anda tidak terjejas. Pengambilan vitamin B12 yang terdapat dalam B-Complex oleh ibu menyusu juga dikatakan mampu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Vita-C adalah vitamin larut air, sama seperti B-Complex, di mana kombinasi antara 2 vitamin ini  mampu meningkatkan penghasilan susu ibu pada kadar yang tertentu. Selain itu, ciri-ciri antioksidan yang terdapat dalam Vita-C akan meningkatkan sistem imunisasi ibu, dan pada masa yang sama akan disalurkan kepada bayi yang menyusu melalui susu ibu. Jadi, bayi akan sukar jatuh sakit.

OsteMatrix amat diperlukan dalam diet harian ibu yang menyusukan bayi. Keperluan kalsium untuk ibu menyusu adalah sebanyak 1000 mg sehari untuk memastikan proses penyusuan berjalan lancar. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan  masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita. Keistimewaan OsteMatrix ialah ia diformulasikan dengan magnesium yang memastikan kadar serapannya adalah 99%. Ramai ibu yang menyusu memberi testimoni, kombinasi OsteMatrix dan Alfalfa Complex telah banyak membantu meningkatkan kadar kuantiti susu ibu.

OmegaGuard adalah suplemen yang penting untuk kualiti susu ibu. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan saraf otak bayi. Ini telah terbukti secara saintifik bahawa Omega-3 yang ada dalam otak membolehkan neuron berkomunikasi dengan lebih baik. Kekurangannya boleh menyebabkan fungsi otak yang lemah dan masalah seperti ADHD atau autisme.


Perlu diingatkan, set ini hanyalah sebagai "alat bantuan" tambahan dalam usaha anda untuk meningkatkan penghasilan susu. Pastikan anda mengamalkan rutin wajib seperti menambahkan kekerapan pam atau direct feeding, dan juga pengambilan air dan kalori yang mencukupi. Sebagai tambahan, anda juga digalakkan mengamalkan pengambilan Performance Drink untuk memperlahankan proses kehilangan air dari badan anda. Ini kerana, elemen terpenting untuk penghasilan susu badan ialah air yang mencukupi.

Anda berminat untuk mencuba set vitamin untuk ibu mengandung Shaklee? Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.  Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.

Saturday, August 11, 2012

Set Vitamin untuk Berpantang




Tahukah anda lebih dari 90% vitamin yang dijual di pasaran adalah dari jenis vitamin sintetik? Vitamin sintetik dihasilkan di dalam makmal menggunakan bahan-bahan kimia tertentu, bukan dari sumber semulajadi. Vitamin sintetik tidak mempunyak ko-faktor - sebatian kimia yang diperlukan untuk mengaktifkan enzim tertentu dalam badan. Kajian menunjukkan vitamin sintetik adalah 70% kurang aktif secara biologi berbanding vitamin natural. Ia biasanya akan disimpan di dalam tubuh buat sementara waktu sehingga tubuh kita mempunyai nutrisi yang cukup untuk memproses vitamin tersebut, atau vitamin itu akan dikumuhkan begitu sahaja. Lebih memburukkan keadaan, vitamin sintetik tertentu perlu menggunakan simpanan mineral semulajadi badan kita untuk membolehkannya berfungsi. Vitamin sintetik juga mengandungi pengawet, pewarna dan perasa tiruan yang boleh membahayakan kesihatan jika diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang panjang. Set bersalin/berpantang lengkap Shaklee terdiri daripada 8 produk:
 

Zinc Complex membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, samada bersalin secara normal atau pembedahan. Tahukah anda kenapa banyak petua yang menyatakan ikan haruan sangat elok dimakan ketika dalam pantang selepas bersalin? Ini adalah kerana haruan adalah sangat kaya dengan zat besi, zinc, protein dan lain-lain mineral yang membantu penyembuhan luka bersalin. Namun, di zaman moden ini, tidak semua wanita mampu bertahan dengan bau dan rasa ikan haruan, maka set bersalin Shaklee di atas adalah alternatif terbaik untuk ibu yang mahu berpantang secara moden. Zinc Complex juga membantu mengurangkan masalah rambut gugur yang kerap dialami oleh wanita yang baru lepas bersalin.

Vita-C yang diambil bersama Zinc Complex merupakan kombinasi yang baik untuk penyembuhan luka dalaman selepas bersalin dan mencantikkan kesan luka luaran. Ini kerana Vita-C dapat membantu pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu yang rosak selepas bersalin. Vita-C juga dapat meningkatkan imunisasi ibu dalam pantang kerana kebiasaannya wanita akan berasa lemah dan kurang antibodi selepas proses melahirkan anak. Demam ketika dalam pantang akan lebih memburukkan keadaan dan proses berpantang.

B-Complex berfungsi sebagai penenang (anti-stress) untuk mengelakkan kemurungan atau meroyan ketika berpantang. Tekanan yang dialami ketika berpantang boleh mengakibatkan meroyan. B-Complex membantu memelihara fungsi saraf untuk meredakan tekanan di samping memberi tenaga kepada wanita yang sedang berpantang. Pengambilan B-Complex turut memberi faedah kepada bayi melalui susu ibu di mana ia akan membantu perkembangan motor sensor dan perkembangan otak bayi.

Vita-Lea membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian wanita dalam pantang. Ini kerana ketika berpantang, banyak makanan yang perlu dielakkan (pantang tradisi Melayu) yang menyebabkan kita kekurangan nutrisi. Wanita memerlukan banyak tenaga selepas bersalin, jadi kekurangan nutrisi akibat dari diet yang ketat sewaktu berpantang akan membuatkan kita tidak bertenaga. Vita-Lea juga mengandungi formula zat besi yang penting bagi wanita berpantang kerana kita telah kehilangan banyak darah ketika proses melahirkan anak.

GLA Complex membantu mengawal dan mengatur kembali hormon wanita selepas melahirkan anak. Selepas bersalin, wanita sangat mudah mengalami masalah kemurungan atau baby blues atau postnatal depression disebabkan hormon yang masih belum stabil. Wanita yang baru lepas melahirkan anak memerlukan masa untuk menstabilkan hormon. Jangan biarkan masalah hormon ini mengganggu detik anda bersama bayi anda.

OsteMatrix sangat diperlukan wanita dan keperluannya meningkat ketika mengandung sehingga melahir dan menyusukan anak. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita. Keistimewaan OsteMatrix ialah ia juga membantu proses penghadaman. Antara masalah terbesar wanita dalam pantang adalah sembelit (constipation). Ia amat menyakitkan kerana luka bersalin masih belum sembuh. Banyak pengguna OsteMatrix telah memberikan testimoni yang hebat tentang kemampuan OsteMatrix memudahkan proses penghadaman ketika dalam pantang.
 
Alfalfa Complex adalah herba yang berfungsi sebagai pengganti jamu. Ia membantu proses detoksifikasi secara lembut dan bersifat antibiotik untuk mencuci darah dan memelihara saluran air kencing. Darah nifas yang tidak dijaga dengan berhati-hati boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran air kencing. Pengambilan Alfalfa Complex bersama OsteMatrix akan memberi kesan optimum terhadap kelancaran pergerakan usus. Selain itu, Alfalfa Complex sangat terkenal dengan fungsinya sebagai penggalak susu badan.
 
ESP banyak membantu proses berpantang buat ibu yang baru lepas melahirkan anak. Ia membantu meningkat, memekat dan menambahkan kualiti susu ibu. Ia juga dapat menguat dan mengencangkan kembali otot wanita yang lembik dan menggelebeh selepas melahirkan anak. Tisu dan otot yang rosak ketika proses kelahiran juga dapat dibaikpulih kembali di samping memberi tenaga buat ibu-ibu yang sedang berpantang.
 
Pilihlah suplemen terbaik untuk penjagaan kesihatan anda sepanjang berpantang. Nutrisi dan penjagaan yang sempurna sepanjang tempoh berpantang akan memberi impak yang besar terhadap kesihatan dan hubungan anda bersama bayi, suami dan ahli keluarga anda.
 
Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.

Friday, August 3, 2012

Sustained Release Vita-C


Sedikit fakta mengenai vitamin C. Tahukah anda, tidak seperti haiwan, badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendirinya? Contoh, arnab mampu menghasilkan 18 g vitamin C setiap hari. Disebabkan kita bukanlah arnab, maka kita terpaksa mendapatkan vitamin C melalui buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dapat menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Jika tidak ranum, kandungan vitamin C akan berkurang. Ia akan makin berkurang kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah jika terdedah kepada kepanasan.

1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100 mg vitamin C. Stress, pengambilan pil penahan sakit dan pil perancang akan menyusutkan lagi kandungan vitamin C. Plus, sifat vitamin C adalah larut dalam air, maka kandungan vitamin C akan selalu hilang dari badan kita. Oleh itu, kita memerlukan supplement tambahan untuk memastikan badan kita dilengkapi dengan vitamin C.

Vita-C keluaran Shaklee adalah unik kerana ia bersifat sustained release, di mana kandungan vitamin C itu akan dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan. Ingat, vitamin C adalah bersifat larut air. Sekiranya vitamin C itu bukan dari jenis sustained released, ia akan terus larut dalam badan kita, maka kandungan vitamin C dalam badan kita hanya dapat bertahan untuk beberapa minit sahaja. 2 tablet Vita-C mampu mengekalkan kandungan vitamin C dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Satu lagi keunikan Vita-C Shaklee adalah kandungan Bioflavonoids Complex yang terdapat dalam Vita-C itu. Bioflavonoids tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita, ia perlu dibekalkan melalui diet pemakanan kita. Bioflavonoids membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C. Ia juga bersifat antibacterial.

1 tablet Sustained Release Vita-C juga bersamaan dengan pengambilan 7.5 biji oren dan bersamaan dengan pembebasan 1.5 biji oren setiap sejam. Manfaat utama vitamin C adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan symptom selsema
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Mempercepatkan penyembuhan luka, gusi berdarah, lebam, etc.
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu penyerapan zat besi dan folic acid dengan lebih berkesan (bagus untuk wanita hamil)
  • Menghapuskan radikal bebas dan memerangi kanser
  • Mencegah penyakit scurvy
  • Mengekalkan kolestrol yang sihat

Perokok, wanita hamil dan menyusu memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi. Sustained release Vita-C selamat digunakan ketika mengandung, selepas melahirkan dan sepanjang proses menyusu bayi anda. Vita-C juga merupakan basic vitamin yang terdapat dalam Set Family Wellness. Dapatkan Sustained Release Vita-C dari Beyond Mama sekarang. 1 botol mampu bertahan sehingga 6 bulan (1 moth trial pack is available upon request).

Terbaru! Sustained Released Vita-C Shaklee kini telah berwajah baru dan mempunyai formula tambahan yang baru. Kini ia digelar Sustained Release Vita-C Plus (klik pada link). Dapatkan dari Beyond Mama sekarang!




Thursday, August 2, 2012

Shaklee Family Wellness Set


Ok back to basic! Since kami ada dapat a few new customers yang baru nak start mengenali Shaklee, salah satu soalan popular yang kami dapat adalah "Saya baru nak start consume vitamin, vitamin mana yang saya kene beli dulu?" Ok, jawapannya adalah Family Wellness Set seperti dalam gambar di atas. Shaklee mempunyai rangkaian set vitamin yang banyak, contohnya:

  1. Set untuk wanita hamil / ibu mengandung
  2. Set untuk meningkatkan kesuburan
  3. Set untuk digunakan sepanjang berpantang / selepas melahirkan anak
  4. Set untuk penyusuan / milk booster
  5. Set untuk berpuasa / sarapan
  6. Set untuk pelangsingan badan

Dan banyak lagi. Kami akan cuba untuk update dari masa ke semasa. So kesimpulannya, mana-mana set yang anda target, set Family Wellness adalah set basic yang perlu ada on top of the other sets yang anda pilih. Family Wellness Set telah terbukti selamat untuk kegunaan wanita hamil dan yang sedang menyusu badan.

Soalan popular kedua ialah "Kenapa perlu ambil Vita-C dan B-Complex sedangkan Vita-Lea tue dah multivitamin and dah patut include vitamin C and vitamin B?"

Ok, multivitamin Vita-Lea merupakan vitamin pelengkap untuk membantu to fill the gap dalam keperluan nutrien harian. Contohnya, jika dalam sehari pemakanan anda sudah meliputi 80% keperluan harian, Vita-Lea akan tolong topupkan lagi 20% gap tue. Kalau anda jenis yang bukan pengamal makanan sihat, Vita-Lea akan tolong cover nutrien yang badan anda patut dapat. Saya ulangi, nutrient yang badan anda PATUT dapat dalam sehari.

Tapi dengan penambahan Vita-C dan B-Complex, anda akan dapat tambahan nutrient daripada yang patut anda dapat. Contoh anology, kalau anda sedang lapar, Vita-Lea dapat membantu anda untuk mengalas perut. Tapi dengan tambahan Vita-C dan B-Complex, ia membantu anda untuk kenyang dan lebih bertenaga.

Penambahan B-Complex dan Vitamin C dalam pengambilan multivitamin harus menepati RDA (recommended dietary allowance) untuk mengelakkan overdose. Family Wellness Set telah terbukti menepati piawaian tersebut.  

 Dan soalan popular terakhir "Apa faedah ambil set Family Wellness?" Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat apa fungsi setiap supplement yang terdapat dalam set ini:


Energizing Soy Protein (ESP)

Setiap sel, tisu, otot dan tulang dalam  tubuh badan kita dibina daripada protein untuk memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik. Maka kita perlu membekalkan tubuh badan kita dengan protein yang secukupnya. Pemilihan protein yang betul harus dititikberatkan. ESP dihasilkan dari protein soya. Tidak semua soya baik untuk kesihatan, maka anda harus membuat pemilihan yang tepat. 

Sila rujuk entry Energizing Soy Protein (ESP) untuk mengetahui mengapa ESP merupakan salah satu protein drink yang terbaik di dunia. ESP membantu membekalkan tenaga, menguatkan rambut dan kuku, mencantikkan kulit, membaikpulih tisu badan yang rosak, etc. Sila refer link di atas untuk maklumat lanjut.


Vita-Lea

Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemer dengan pesticides, etc. menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrients yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa anda sedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.


B-Complex

Mengandungi kesemua 8 Vitamin B - Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Folic Acid (B9). Tahukah anda tekanan, gula, alkohol, painkiller, antibiotik, pil perancang, rokok, etc boleh memusnahkan fungsi vitamin B dalam badan, maka ia perlu diganti. B-Complex membantu mengatasi kelesuan, mencegah kemurungan dan stress, memelihara kesihatan sistem saraf, meningkatkan daya tumpuan dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan kurang mengantuk setiap kali selepas makan.


Vita-C

Penting untuk meningkatkan sistem imun badan. Vitamin C cepat larut dalam tubuh dan perlu diganti selalu. Shaklee telah menghasilkan sustained-released Vita-C di mana vitamin C tersebut akan dilepaskan ke dalam tubuh kita secara perlahan-lahan, maka khasiat vitamin C itu akan bertahan di dalam badan kita dengan lebih lama.


Apa tunggu lagi. Dapatkan set Family Wellness dari Beyond Mama sekarang. Hubungi kami untuk keterangan lanjut atau untuk mendapatkan sebut harga.



Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com