Wednesday, July 4, 2012

Kenapa Saya Pilih Set Bersalin Ambar Kenanga?

Kebaikan memilih Set Bersalin Ambar Kenanga telah saya terangkan secara terperinci di entry ini. Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang sahabat yang baru melahirkan cahaya matanya beberapa bulan yang lalu. Saya namakan sahabat ini sebagai Siti. Siti merupakan salah seorang ibu yang tidak bernasib baik yang tidak dapat melalui proses berpantang dengan sempurna (seperti saya semasa melahirkan anak pertama).

Melahirkan anak secara pembedahan dan apabila bayinya disahkan menghidap prolonged jaundice yang serius, separuh daripada tempoh cuti bersalinnya dihabiskan di wad dan berulang-alik ke hospital. Set bersalin yang dibeli tersadai begitu sahaja.

Nasibnya hampir sama dengan saya. Melahirkan anak secara ceaserian, berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan jaundice, jauh dari keluarga, etc. Serik dengan pengalaman pertama yang tidak sempat berpantang dengan sempurna, saya membuat keputusan untuk memilih Set Bersalin Ambar Kenanga, kerana dengan hanya 3 biji kapsul sehari untuk 3 hari pertama and 1 biji kapsul sahaja untuk hari ke-4 sehingga hari ke-60, saya telah berjaya menggantikan amalan berpantang yang lain seperti berparam dan berpilis. Dalam perjalanan ke hospital pun masih sempat untuk mengambil kapsul berpantang ini :) 


Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com


No comments:

Post a Comment