Saturday, July 14, 2012

Akar / Sanggul Fatimah



Ada yang panggil akar fatimah, sanggul fatimah, bunga fatimah, rumput fatimah, etc. Semua tue betul sebab akar tue bila bergumpal dia nampak macam bentuk sanggul and celah2 gumpalan tue ada bunga2 kecik and sometimes nampak macam rumput jugak =)

Minum air akar fatimah untuk memudahkan proses kelahiran adalah petua turun-temurun dari nenek moyang kita. Akar tue pada asalnya macam gumpalan ranting kering and bila kita rendam dalam air, dia akan mengembang. Air rendaman itu boleh kita gunakan untuk dijadikan air selusuh dan diminum bila kandungan mula memasuki minggu ke-37. Seelok-eloknya air selusuh itu dibuat dari air zam-zam yang direndam dengan akar fatimah.

Boleh juga direndam di dalam semangkuk minyak kelapa atau minyak zaitun dan dibacakan doa selusuh. Kemudian diminum ketika sakit hendak bersalin, dipercayai minyak selusuh itu dapat memberikan kesan pelincir yang memudahkan proses bersalin.

Jangan minum terlalu awal sebab kalau ikut kajian saintifik, akar fatimah nie ada hormon Oktitosin yang akan induce contraction pada ibu mengandung. Sakit tue contraction di kala pintu peranakan belum terbuka. Ada yang cakap paling sesuai minum bila sudah ada bukaan tapi biasanya masa tue dah lupa nak cari air selusuh akar fatimah. Hehe..

Ada mitos mengatakan, akar fatimah nie boleh kita jadikan benchmark untuk tahu masa bersalin kita. Bila rendam, akar2 tue akan mengembang and tahap pengembangan tue adalah pengukur waktu kita nak bersalin. Kalau akar tue dah kembang sepenuhnye termasuklah kuntum2 bunga kat tengah2 akar tue means dah nak sampai masa lah tue. Tiada kajian saintifik untuk fakta nie, just petua orang tua yang kebetulan ada betulnya.

So, buat ibu2 mengandung, akar fatimah is good to have sebagai salah satu usaha kita untuk mudahkan proses bersalin. Apa-apa pun dengan izin Allah, kita hanya boleh berusaha. Boleh dapatkan akar fatimah nie dari kami pada harga RM25 sahaja. Akar fatimah nie dibawa khas dari Mekah and stok adalah limited. Kalau lambat lagi due date pun dah boleh beli sesiap takut nanti habis stok lambat plak lagi nak top-up stok dari Mekah. Huhu..



Setiap pembelian akar fatimah dari Beyond Mama akan disertakan sekali panduan penggunaan dan doa selusuh untuk memudahkan bersalin.  Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment