Saturday, June 30, 2012

Set Hamil Ambar Kenanga



Mempunyai zuriat merupakan salah satu idaman terbesar bagi pasangan yang telah berkahwin. Namun ada pasangan yang masih belum berjaya memperolehi zuriat walaupun telah mencuba selama bertahun-tahun. Ada juga yang telah mencuba pelbagai rawatan dan produk di pasaran namun masih gagal memperolehi cahaya mata. Jangan putus asa. Mungkin anda belum bertemu dengan produk/rawatan yang serasi dengan anda. Tidak salah jika anda mencuba Set Bersalin Ambar Kenanga sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat.

Set Hamil Ambar Kenanga berbeza dari produk-produk lain kerana ia berasaskan rempah ratus dari Timur Tengah atau Arab di mana ramuan utamanya adalah Habbatus Sauda. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Set ini untuk kegunaan suami isteri selama 2 bulan. Jangan isteri atau suami sahaja yang mengamalkannya, pasangan harus sama-sama berusaha kerana masalah kesuburan bukan datang dari wanita sahaja, kadangkala masalah datang dari kualiti sperma suami yang rendah.

Ramai yang bertanya, berapa set yang perlu digunakan? Ia bergantung pada masalah dalaman pasangan. Ada yang berjaya dengan 1 set sahaja, ada yang sampai 4 set. Teruskan berusaha dan berdoa. Yang penting anda tidak perlu stress kerana stress yang berlebihan boleh mempengaruhi tahap kesuburan. Sepanjang mengamalkan set hamil ini, anda perlu menjaga pantang-larang berikut:

  • Minum air masak kosong 2-3 liter sehari.
  • Hindari minuman berkafein seperti teh dan kopi serta minuman bergas atau
    berkarbonat.
  • Elakkan minum minuman masam dan berasid seperti jus mangga, jus oren, jus asam jawa dan sebarang minuman yang tajam.
  • Elak makan buah-buahan yang berasid seperti mangga, limau, nenas dan oren, etc.
  • Elakkan makan makanan bercuka, berjeruk dan tapai
  • Tidak boleh mencampurkan set hamil ini dengan produk herba yang lain kerana dikhuatiri akan mengalami keracunan. Hanya vitamin dan ubat hospital sahaja yang dibenarkan, dengan jarak perlu dimakan 3 jam sebelum atau selepas menggunakan set hamil ini. Kami mengesyorkan penggunaan vitamin semulajadi keluaran Shaklee yang juga boleh didapati dari Beyond Mama pada harga yang istimewa.

Set ini perlu diteruskan jika wanita didatangi haid. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan darah-darah kotor dari rahim. Semasa kedatangan haid rahim atau urat saraf sedang kembang dengan mengambil produk tersebut membantu membersihkan kotoran didalam rahim. Memandangkan produk Ambar Kenanga adalah berasaskan rempah ratus bukan herba jadi tiada masalah mengambilnya semasa haid.

Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Jika wanita mempunyai masalah cyst atau fibroid, anda perlu mengamalkan pantang-larang berikut semasa mengamalkan set ini:
  • Hentikan pemakanan daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan juga bahagian dalaman daging tersebut. Boleh makan ayam, ikan dan makanan laut.
  • Hentikan pemakanan sebarang bentuk kekacang dan produk berasaskan kacang seperti kacang soya, kacang tanah, tempe, tauhu, etc.

Antara tindakbalas yang mungkin anda alami ketika mengamalkan set ini ialah pening dan haid tidak teratur:
  • Pening: Pasangan perlu minum air 2-3 liter sehari sebab proses pembersihan dan pembaikan memerlukan air yang lebih. Sapu Minyak Ambar Kenanga pada bahagian yang sakit.
  • Haid tidak teratur: Teruskan pemakanan set hamil kerana proses pembersihan dan pembaikkan sedang dijalankan.

Jangan tunggu lagi. Dapatkan Set Hamil Ambar Kenanga dari Beyond Mama pada harga RM350 (tambah RM10 untuk kos Pos Laju). Sila isi borang pesanan di menu atas sekiranya anda berminat untuk membuat pesanan.

1 set mengandungi 4 botol kapsul Wanita, 2 paket kapsul Timoyan, 4 botol kapsul Lasak dan 1 botol Minyak Ambar Kenanga. Carta pemakanan adalah seperti berikut (sila klik gambar untuk besarkan):


Anda juga boleh meminta tukang urut untuk menggunakan Minyak Ambar Kenanga ketika melakukan urutan mengangkat atau membetulkan rahim. Jika anda telah berjaya hamil, teruskan penyapuan Minyak Ambar Kenanga pada perut, pinggang, kaki dan bahagian yang sakit untuk mengeluarkan angin badan dan menguatkan rahim. Suami juga digalakkan untuk meneruskan penggunaan kapsul Lasak untuk mengekalkan kualiti sperma yang sihat dan aktif.

Sila layari blog ini dari masa ke semasa untuk mengetahui update terkini dan testimonial dari pengguna yang telah berjaya dan berpuas hati dengan produk-produk keluaran Ambar Kenanga.



Beyond Mama
013-8505778
info@artistique-couture.com
www.artistique-couture.com

No comments:

Post a Comment