Sunday, February 22, 2015

Minyak Kelapa Dara As-Syifa (Softgel)



Banyak sekali pertanyaan dan permintaan untuk softgel Minyak Kelapa Dara As Syifa ini. Ini kerana, tidak semua dapat menerima bau dan rasa minyak kelapa. Jadi, berita baik untuk kita semua. Pihak D'Aura telah memperkenalkan produk terkininya - softgel minyak kelapa dara As-Syifa. Masih mengekalkan keistimewaan minyak berbentuk cecair iaitu:

  • Ditenagakan dengan bacaan 30 Juzuk al-Quran dan ayat Syifa’ (doa penyembuh penyakit) secara langsung oleh anak-anak tahfiz dari Pondok Tahfiz Moden Saadah Addarain (bukan kaset/CD/radio)
  • 100% asli dan berkualiti tinggi. Minyak Kepada Dara As-Syifa berwarna jernih (kualiti terbaik).
  • Membeli sambil menderma. Sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada sekolah tahfiz dan pembinaan masjid.
  • Harga terbaik di pasaran

Mari kita lihat kembali apa kebaikan minyak kelapa dara. Seperti yang kita ketahui, khasiat kelapa dara adalah kandungan lemak tepunya yang sangat tinggi dan sangat diperlukan oleh badan kita untuk kekal sihat dan cergas selain mencegah  penyakit-penyakit yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung dan kencing manis.

Minyak kelapa dara Syifa dikeluarkan dari buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara ini diproses dengan tanpa menggunakan haba ataupun kimia dan minyak kelapa dara menyimpan berbagai khasiat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.

Khasiat minyak kelapa dara adalah dari minyaknya yang kaya dengan lemak tepu yang memberi 1001 rawatan pencegahan penyakit telah mendapat kepercayaan oleh masyarakat dunia tentang keberkesannya yang amat menakjubkan. Semua fakta tentang khasiat kelapa dara ini telah disahkan oleh pakar-pakar perubatan dunia. Antara kebaikan minyak kelapa dara As-Syifa:


Untuk Wanita Hamil/Mengandung:
  • Sebagai minyak selusuh untuk mudah melahirkan anak
  • Sebagai minyak urutan perenium untuk mengurangkan koyakan ketika melahirkan anak

Untuk Kesihatan dan Rawatan Penyakit:
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi
  • Mengawal kadar gula dalam darah dan menggalakkan penghasilan insulin untuk pesakit diabetes
  • Mencegah dan merawat masalah gout
  • Merawat masalah resdung
  • Merendahkan kadar kolestrol
  • Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Menyokong fungsi tiroid
  • Memperbaiki pencernaan dan
  • Mencegah dan merawat buasir
  • Bertindak sebagai antikanser dan antihistemine
  • Bersifat antivirus, antifungus, antibakteria, antiprotozoa
  • Meningkatkan daya tahan
  • Mempermudahkan pencernaan mineral dan vitamin
  • Menghalang pembentukan radikal bebas

Untuk Penjagaan Bayi
  • Bagus untuk bayi (terutama pramatang) dan individu yang mempunyai masalah pencernaan kerana ia mula dihadam di mulut oleh enzim air liur
  • Mencegah dan merawat ruam lampin
  • Melembabkan kulit bayi dan mengurangkan masalah eczema
  • Merawat masalah kulit kepala bayi yang berkerak

Untuk Kesuburan/Hubungan Suami-Isteri:
  • Membunuh kulat, virus atau bakteria seperti keputihan
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk persekitaran yang bagus untuk sperma hidup
  • Sebagai pelincir semulajadi
  • Sebagai urutan alat kelamin lelaki
  • Memperbaiki masalah tersumbat pada fungsi organ kelamin
  • Merangsang tenaga dan meningkatkan metabolisma

Untuk Kecantikan:
  • Bertindak sebagai perisai tambahan terhadap sinaran ultraviolet (UV)
  • Menghalang jangkitan kuman disamping mempercepatkan pembentukan sel baru
  • Memperbaiki masalah rambut gugur dan berkelimumur
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis
  • Merawat pelbagai jenis penyakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, luka, tumit pecah, jerawat, etc.
  • Mencantikkan dan melembabkan kulit

Jika anda baca keterangan tersebut dengan teliti, anda akan perasan yang minyak kelapa dara ini boleh digunakan melalui kaedah sapuan dan untuk diminum. Softgel ini sesuai untuk menggantikan fungsi minum sahaja. Dan jika anda ingin mengamalkan minyak kelapa dara untuk mengekalkan kesihatan dan tidak memerlukan hasil yang cepat, softgel adalah pilihan terbaik. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan penyembuhan segera, kami masih mengsyorkan pengambilan minyak kelapa dara dalam bentuk cecair kerana tindakbalasnya lebih cepat berbanding softgel.

Hubungi kami jika anda ingin mendapatkan produk ini pada harga ahli. Sila layari laman web kami di  www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan. 

Tuesday, February 17, 2015

Terbaru dari HiGoat: Detox & HiRich


HiGoat baru sahaja memperkenalkan dua produk terbarunya yang berasaskan susu kambing iaitu Detox dan HiRich.


 
Mengandungi susu kambing, inulin dan psyllium Husk. Inulin dihasilkan daripada Fiber tumbuhan semulajadi yang dapat membantu sistem penghadaman (untuk meningkatkan penyerapan mineral dalam badan), meningkatkan sistem imunisasi badan (menghalang bakteria dalam usus) dan dapat mengurangkan berat badan. Psyllium Husk berfungsi besar untuk sembelit(Mengurangkan sembelit dan cirit-birit), melegakan kesakitan yang dikaitkan dengan buasir dan memainkan peranan sebgai pelincir(Membersihkan usus).

 
Higoat Rich diformulasikan daripada gabungan sumber semula jadi khusus untuk penjagaan kesihatan anda. Dengan gabungan hebat kebaikan bahan utama terdiri daripada susu kambing, garam bukit , multi mineral dan multi vitamin dapat membantu menyihatkan tubuh badan serta mencegah penyakit. Sayangi diri anda dengan menikmati secawan Higoat Rich hari ini dan seterusnya.
Setiap kandungan HiGoat HiRICH mempunyai:
  • Susu Kambing yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit misalnya kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi, asma, angin ahmar, kebas kaki dan tangan, migrain, semput dan masalah ketika mengandung dan kelahiran.
  • Asid Folik (B9) yang membantu memecahkan amino di dalam darah. Asid amino yang terpendam lama didalam darah akan menyebabkan penyakit jantung.
  • Vitamin D3 untuk mengekalkan serta menguatkan kekuatan tulang dan gigi.
  • Riboflavin (B2) memainkan peranan penting dalam kesihatan mata dan dapat mengurangkan ketegangan.
  • Thaimine (B1) menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Niacinamide (B3) membantu merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah.
  • Vitamin A dapat membantu pigmen pada mata yang mana berfungsi untuk pancaindra penglihatan terutama dalam keadaan malam hari.
  • Zat besi membantu mencegah amnesia.
  • Garam bukit membantu pembaharuan semula sel sel dan pergerakan otot-otot usus.
  • Magnesium dapat mencegah sembelit.
  • Kalsium dapat menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang.
 
Berikut merupakan senarai lengkap serbuk susu kambing untuk panduan dan memudahkan anda membuat pilihan:
 
  1. Original (susu kambing sahaja)
  2. Premium (susu kambing + madu + kurma)
  3. Kopi Sphyru (susu kambing + spirulina)
  4. Mix (campuran perasa Original, Premium dan Kopi Sphyru)
  5. Kopi Moganna (Hacofino Dark Roast Bean + Susu Kambing + Panax Ginseng + Mengkudu + Ganoderma + Annona + Garam Bukit)
  6. Teh Tarik Moganna (Teh Hitam + Susu Kambing+  Ganorderma + Durian Belanda + Mengkudu + Ginseng)
  7. Detox (susu kambing + inulin + psyllium Husk)
  8. HiRich (susu kambing + garam bukit + multi mineral + multi vitamin)
  9. HiChoc (susu kambing + ekstrak malt + serbuk koko + Oligofructose + DHA)

Hubungi kami jika anda ingin mendapatkan produk ini pada harga ahli. Sila layari laman web kami di  www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan. 

Saturday, November 22, 2014

Jus Kurma Ajwa

Kami dari Beyond Mama telah lama mencari produk berasaskan kurma untuk dijadikan pelengkap produk-produk jualan kami. Kami sedar akan kehebatan kurma untuk tujuan kesihatan, kesuburan, kehamilan, kelahiran bayi, berpantang dan penyusuan bayi. Dalam Al-Quran juga terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurmaDan kami telah memilih untuk memasarkan Jus Ener Al Kurma.


Keistimewaan utama Jus Ener Al Kurma ialah ia dibuat daripada ekstrak kurma Ajwa. Kebanyak jus kurma lain di pasaran hanya menggunakan kurma jenis biasa dan murah. Kurma Ajwa turut dikenali sebagai kurma Nabi. Kurma Ajwa merupakan jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Terdapat lebih 1000 jenis kurma di dunia, namun kurma Ajwa merupakan jenis kurma yang paling tinggi nutrisinya dan mempunyai nilai perubatan yang paling tinggi. Harga kurma Ajwa juga lebih mahal berbanding kurma yang lain, di mana ia boleh mencecah sehingga RM150 untuk 1 kilogram.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Kelebihan lain ialah, jus kurma Ajwa ini menggunakan kurma segar yang diimport dari Arab Saudi dan diproses melalui kaedah penapaian dan ionisasi yang berteknologi tinggi. Kaedah pemprosesan ini adalah untuk memastikan semua khasiatnya terpeliharan. Kebanyakan jus kurma lain di pasaran hanya menggunakan kurma kering dan diproses melalui kaedah pemanasan seperti merebus dan merendam di dalam air gula yang mendidih, di mana khasiatnya akan hilang.

Khasiat Jus Kurma Ajwa:
  • Menyuburkan rahim, sesuai untuk pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata. Boleh dicampurkan ke dalam susu kambing untuk kesan yang lebih baik dan rasa yang lebih lazat.
  • Membekalkan khasiat yang tinggi semasa kehamilan. Ia kaya dengan vitamin B6, asid folik, kalium, besi dan magnesium.
  • Menyokong bayi dalam kandungan. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
  • Membekalkan tenaga dan memudahkan proses bersalin. Ketika Maryam sedang sakit ingin melahirkan Nabi Isa, malaikat Jibrail menyerunya untuk menggoncangkan pokor kurma tempat beliau bersandar dan memakan kurma yang gugur itu. 
  • Membantu mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  • Membekalkan tenaga dan zat yang diperlukan tubuh semasa berpantang selepas melahirkan bayi. ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”
  • Mencegah masalah sembelit terutamanya selepas melahirkan anak dan mengawal berat badan
  • Meningkatkan penghasilan dan kualiti susu ibu.
  • Untuk mentahnik bayi yang baru lahir.
  • Untuk dicampurkan ke dalam makanan bayi selepas 6 bulan. Tidak perlu lagi mengukus kurma untuk melembutkannya kerana ia akan mengurangkan khasiat kurma.
  • Mengubati gangguan usus yang kronik, seperti ketidakserasian dengan gluten yang menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
  • Memelihara kesihatan setiap golongan dari kanak-kanak hingga ke warga emas. 



Harga Jualan:
  • 1 botol: RM18
  • 3 botol: RM50
  • 6 botol: RM90
  • 12 botol: RM170






Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, August 5, 2014

Pengedar DrSneez Diperlukan


Beyond Mama kini merupakan stokis sah untuk produk krim selsema DrSneez. Kami mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar untuk produk ini. Belian minimum cuma 12 kotak untuk layak mendapat harga pengedar. Boleh hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com sekiranya berminat.

Selsema akan membuatkan bayi anda tidak selesa, hidung tersumbat, sukar bernafas, sukar untuk minum atau makan, sukar untuk tidur, dan sebagainya. Krim selsema DrSneeze merupakan penyelamat untuk semua masalah di atas. Ia sesuai digunakan dari golongan bayi sehingga dewasa. Selain selsema, DrSneez juga sesuai untuk melegakan masalah resdung, hidung tersumbat, bersin yang kerap di awal pagi, kegatalan pada bahagian hidung dan mata.

Keunikan DrSneez, ia dicipta oleh seorang doktor tempatan melalui teknologi thrudermal dan menggunakan ramuan tradisional yang semulajadi iaitu Habbatus sauda, kunyit, kopi arabica, dan jintan hitam. Formula tersebut bersifat anti-oksida dan anti keradangan untuk melegakan masalah pernafasan.

DrSneeze memang wajar dimiliki oleh setiap ibu kerana ia merupakan alternatif terbaik untuk pengambilan ubat selsema. Memberi ubat pada bayi yang masih kecil adalah tidak digalakkan. Ia juga merupakan pilihan terbaik buat anak yang sukar untuk makan ubat.

Sunday, July 6, 2014

Pad / Panty Liner Monte


 

 

Pictures speak a thousand words. Pemakaian panty liner memang digalakkan untuk menjaga kebersihan anggota sulit wanita. Dan ketika datang bulan, pemakaian tuala wanita atau pad memang tidak dapat dielakkan. Tapi tahukah anda bahawa tuala wanita merupakan salah satu ancaman buat kesihatan wanita.

"Faraj menyerap apa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Apabila anda memasukkan bahan kimia ke dalam faraj, bahan tersebut akan berada di dalam saluran darah setengah jam kemudian" - Dr Philip M. Tierno 



Anda perlu berhati-hati ketika memilih tuala wanita atau panty liner. Kebanyakan pad yang berjenama murah dihasilkan dari bahan buangan seperti kertas terpakai dan pulpa kayu. Bahan terpakai tersebut akan melalui proses pemutihan dengan menggunakan ejen peluntur, ejen pelembut dan fluoresen. Ini akan menghasilkan dioksin, sebatian kimia lebih bertoksid dan berbahaya dari arsenic dan cyanide.

Dioksin ini akan diserap sedikit demi sedikit melalui faraj. Jika anda tidak bernasib baik, ia akan membawa kepada pelbagai penyakit alat kelamin termasuk keputihan, fibroid, endrometrosis, kanser rahim, kemandulan, etc. Jadi, sayangilah mahkota kewanitaan anda dengan memilih tuala wanita yang terjamin kualitinya.

Beralihlah kepadaMonte! Tuala wanita atau panty liner Monte dibuat daripada 100% kapas asli dan terdiri dari 8 lapisan seperti gambarajah berikut:




Kekuatan utama tuala wanita Monte adalah pada jalur lapisan 3 dalam 1 yang mengandungi:
  • Negative Ion untuk fungsi pembersihan vagina
  • Nano Silver untuk fungsi pembunuhan bakteria sehingga 99.9%
  • Far Infra Red untuk membaikpulih pengaliran darah dan hormon

Melalui Super Absorbent Polymer (SAP), kadar serapan pad Monte adalah tinggi, lebih 5 kaliganda berbanding jenama biasa. Ia juga tidak mempunyai tambahan pewangi atau herba yang tidak digalakkan oleh ramai doktor. Pad Monte mampu membantu mengatasi masalah kewanitan seperti:
  • Keputihan
  • Kegatalan
  • Jangkitan kulat
  • Horman tidak seimbang
  • Bau yang tidak selesa
  • Senggugut
  • Kotoran tersumbat dalam rahim
  • Gumpalan darah dalam rahim selepas bersalin

Secara umumnya, pad Monte dapat membantu mencegah segala masalah kewanitaan termasuk fibroid dan kanser servik. 

Monte pad sangat sesuai dijadikan sebagai maternity pad untuk ibu-ibu selepas bersalin. Selain memberikan lebih keselesaan, ia juga dapat membantu menarik keluar kotoran dari rahim. Ia juga dapat mengelakkan dari terkena buasir. Ia juga boleh dipakai ketika hamil. Biasanya rahim akan megeluarkan banyak cairan ketika hamil. Ini boleh menyebabkan kegatalan dan jangkitan fungus pada rahim. Ia boleh dielakkan dengan pemakaian Monte pad.

Pad Monte mempunyai tarikh luput. Ini membuktikan Monte sangat mementingkan kualiti dalam penghasilan tuala wanita. Kebanyakan tuala wanita yang dijual di kedai runcit tidak mempunyai tarikh luput sehingga kadang-kadang ia masih dijual setelah bertahun-tahun selepas pemprosesan.


Harga jualan adalah seperti berikut:
Panty Liner: RM15 (30 pcs)
 Day Use: RM15 (10 pcs)
Night Use: RM15 (8 pcs)


Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.

Monday, June 30, 2014

Berpuasa Bersama Shaklee

Alhamdulillah, tahun 2014 merupakan tahun ke-2 kami di team Beyond Mama menjalani ibadah puasa bersama Shaklee. 2 tahun yang lalu, kami pernah membuat entry Set Puasa yang terdiri daripada ESP, Performance Drink dan Mealshake. Boleh klik SINI untuk membaca kembali entry tersebut. So, seperti biasa, setiap kali menjelang Ramadhan, produk Shaklee yang sangat laris ialah Performance Drink.



Kenapa Performance Drink sangat dicari ketika bulan puasa? Ok, ketika berpuasa, badan kita tidak mendapat bekalan makanan dan air selama lebih 10 jam. Cuaca panas dan aktiviti fizikal yang menyebabkan berpeluh boleh menyebabkan kita keletihan dan boleh mengundang kepada masalah dehidrasi.

Performance Drink mengandungi elektrolit yang boleh memperlahankan proses kehilangan cecair dalam badan. Jadi, takdelah kita cepat sangat haus. Buat golongan ibu yang menyusu tapi masih berpuasa, mereka akan lebih cepat penat kerana banyak cecair yang hilang dari tubuh. Jadi, Performance Drink akan membantu mengekalkan tenaga ibu menyusu yang berpuasa.

Selain mencegah dehidrasi, Performance Drink juga membantu memberikan tenaga melalui elektrolit lengkap termasuk calcium, potassium, sodium, phosphorus, chloride dan magnesium (yang kebanyakannya tidak terdapat dalam mana-mana jenama energy drink biasa). Jadi anda boleh kekal bertenaga sepanjang berpuasa.


Cuba lihat graf di atas. Besar perbezaan antara air biasa dan Performance Drink. Disebabkan itu, Performance Drink sering diberi tagline "menghidrasi jauh lebih baik dari air".



Dan kenapa sangat digalakkan diambil bersama ESP? Sebab utama ialah kerana ESP merupakan energy booster yang cepat dan boleh bertahan selama berjam-jam. Gabungan ESP bersama Performance Drink yang diambil ketika bersahur dapat membantu mengekalkan prestasi harian anda walaupun ketika berpuasa. ESP sering diambil dalam program diet kerana ia membantu melawan rasa lapar dan memberikan rasa kenyang yang segera.



Dan akhir sekali Mealshake. Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang dibancuh untuk diminum. Anda perlu menyediakan tubuh anda dengan vitamin yang lengkap untuk melalui 10 jam lebih berpuasa tanpa bekalan makanan dan sumber nutrisi. Anda boleh menggantikan Mealshake ini dengan Vita-Lea. Kebaikan Mealshake dalam Set Puasa ini pada rasa vanillanya yang lazat yang membantu menambahkan kesedapan rasa campuran Performance Drink dan ESP.



Selain itu, anda juga boleh cuba tambahkan 1 scoop Cinch ke dalam campuran di atas. Cinch sememangnya terkenal sebagai meal replacement untuk program pelangsingan dan penurunan berat badan. Ia terdiri dari 3 perasa - Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Jadi anda boleh memvariasikan menu sahur anda bersama 3 perasa lazat ini.

Bagaimana pula dengan persiapan berbuka puasa? Alhamdulillah, Shaklee baru sahaja melancarkan supplement terbaru June lalu, iaitu Phytocol-ST. Kebiasaannya, setelah lebih 10 jam berpuasa, nafsu makan akan melonjak tinggi dan kadangkala kita tidak sedar yang kita telah makan lebih daripada keperluan yang sepatutnya. Makanan di Malaysia kaya dengan kalori. Sepinggan nasi goreng sahaja sudah mencecah 445mg kadar kolestrol. Badan kita cuma memerlukan 300mg kolestrol sehari. Jadi, usaha kita mengawal makanan ketika bersahur akan sia-sia begitu sahaja ketika berbuka.



Tapi jangan risau! Dengan adanya Phytocol-ST, ia dapat membantu menyerap 80% kolestrol dari makanan yang anda makan. Jadi anda boleh berbuka puasa tanpa ragu-ragu lagi. Tak rugi jika anda beli Phytocol-ST di bulan puasa. Anda masih boleh mengambilnya sehingga menjelang hari raya. Juadah hari raya selalunya lebih menggoda dari juadah berbuka puasa.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk seperti di atas, hubungi kami di 013-8505778 (SMS/Whatsapp/Call)  atau email ke contact@beyondmama.com untuk membuat tempahan. Khidmat nasihat akan diberikan secara percuma. Kami dari Beyond Mama ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.

Saturday, June 14, 2014

Phytocol-ST




Alhamdulillah, Shaklee Malaysia telah melancarkan produk terbarunya baru-baru ini iaitu Phytocol-ST. Supplement ini difokuskan untuk masalah kolestrol. Jika sebelum ini Lecithin dan OmegaGuard menjadi pilihan untuk mengurangkan kolestrol, kini terdapat pilihan yang lebih eksklusif dan specifik untuk masalah kolestrol.

Sedikit fakta mengenai kolestrol, di Malaysia sahaja, lebih 6 juta rakyat mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Masalah kolestrol disebabkan oleh beberapa faktor, namun faktor yang paling utama adalah disebabkan amalan pemakanan seseorang. Rakyat Malaysia mungkin tidak atau kurang sedar bahawa makanan popular di Malaysia kebanyakannya adalah berkolestrol tinggi. Sila rujuk contoh makanan di bawah:




Tahukah anda berapakah jumlah kolestrol yang ideal diperlukan oleh tubuh kita? Cuma 300 mg sehari untuk individu normal yang sihat! Kolestrol sepinggan mee goreng yang diambil sewaktu sarapan pagi sudah mencecah 376 mg dan telah melebihi limit yang diperlukan badan. Cuba anda tambah pula dengan kolestrol untuk makan tengahari dan makan malam. Tidak hairanlah lebih 6 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kolestrol.

Kandungan kolestrol yang tinggi akan membuatkan saluran darah kita tersumbat. Apabila ini terjadi, kita akan terdedah kepada risiko penyakit-penyakit merbahaya dan boleh mengundang maut seperti sakit jantung, angin ahmar penyakit hati dan tekanan darah tinggi. Kolestrol yang tinggi juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan.

Jadi, bagaimana Phytocol-ST dapat membantu? Pertama, ia MENGHALANG penyerapan kolestrol ke dalam darah sebanyak 80%! Kedua, MENURUNKAN paras kolestrol LDL (kolestrol jahat).


Phytocol-ST mendungi 2000 mg kandungan Fitosterol - sebatian dari tumbuh-tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal dapat menurunkan paras kolestrol. Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2000 mg fitosterol ke dalam diet harian bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi. Bagaimana cara untuk memperolehi 2000 mg fitosterol sehari?



Anda memerlukan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato untuk tujuan tersebut. Dengan Phytocol-ST, anda boleh mendapatkan keperluan 100% keperluan fitosterol seperti yang disarankan oleh NIH.

Fitosterol mempunyai komponen/struktur yang sama dengan kolestrol, jadi kedua-duanya akan bersaing di dalam tubuh kita. Jika kadar fitosterol melebihi kolestrol, ia akan mengalahkan kolestrol maka paras kolestrol kita akan berkurang.

Phytocol-ST dijamin halal dan berkesan. Ia juga tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau pengawet tambahan. Sila layari laman web www.beyondmama.com atau klik di-sini untuk membuat tempahan. Atau hubungi kami di 013-8505778 atau contact@beyondmama.com untuk sebarang pertanyaan.